Berapa Kos Perlu Bayar Untuk Hartanah Berharga RM300,000 – RM700,000?

cukai pendapatan 2

Berapa kos sebenar yang perlu kita ‘lebur’ untuk memiliki sesebuah hartanah?

Buat pengetahuan kita semua, kebanyakan bank menawarkan pembiayaan sehingga 90% daripada harga rumah untuk rumah pertama dan kedua.

Baki 10% harus disediakan bakal pembeli rumah tidak kiralah duit tersebut datangnya dari simpanan, ibu bapa atau pinjaman dari rakan-rakan.

Dan berdasarkan kajian, di antara punca utama pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera adalah rendah adalah kerana bakal pembeli hartanah tidak tahu akan kos dan tidak mempunyai wang deposit yang mencukupi untuk membayar wang pendahuluan.

Selanjutnya, kami akan kongsikan kos asas untuk jumlah wang pendahuluan beserta kos lain seperti yuran guaman, duti setem, surat perjanjian guaman dan duti setem untuk surat perjanjian.

Hartanah RM300,000

Untuk hartanah berharga RM300,000, kita perlu keluarkan tidak lebih daripada RM30,000 sebagai wang pendahuluan atau 10% dari harga semasa hartanah. Yuran guaman yang kita perlu keluarkan adalah RM3,000 dan duti setem memorandum pemindahan adalah RM5,000.

Manakala surat perjanjian yuran guaman adalah RM2,700 dan duti setem surat perjanjian adalah RM1,350 menjadikan kos keseluruhan yang kita perlu keluarkan adalah RM42,050.

Hartanah RM400,000

Kita perlu sediakan 10% wang pendahuluan dari harga semasa hartanah yakni RM40,000. Selain itu, kos-kos lain seperti yuran guaman sebanyak RM4,000 dan duti setem memorandum pemindahan sebanyak RM7,000.

Untuk surat perjanjian yuran guaman pula adalah sebanyak RM3,600 dan akhir sekali RM1,800 untuk duti setem surat perjanjian. Ini menjadikan kos keseluruhan yang perlu dikeluarkan untuk hartanah RM400,000 adalah sekitar RM56,400.

Hartanah RM500,000

Jangan terkejut jika kita mendapati kos wang pendahuluan untuk hartanah pada harga RM500,000 adalah RM50,000. Kita juga perlu menyediakan RM5,000 sebagai yuran guaman dan duti setem memorandum pemindahan sebanyak RM9,000.

Oh ya, untuk surat perjanjian yuran guaman pula adalah sekitar RM4,500 dan duti setem surat perjanjian adalah RM2,250. Kos keseluruhan yang anda perlu keluarkan adalah sebanyak RM70,750.

Hartanah RM600,000

Kos wang pendahuluan adalah RM60,000, manakala yuran guaman adalah sekitar RM5,800 dan duti setem memorandum pemindahan adalah sebanyak RM12,000.

Untuk kos seterusnya iaitu surat perjanjian yuran guaman dan duti setem surat perjanjian pula masing-masing adalah sebanyak RM5,320 dan RM2,700 menjadikan kos keseluruhan adalah RM85,820.

Hartanah RM700,000

Wang pendahuluan yang perlu disediakan adalah RM70,000 diikuti RM6,600 untuk yuran guaman dan RM15,000 untuk duti setem memorandum pemindahan.

Manakala surat perjanjian yuran guaman pula adalah RM6,760 dan duti setem surat perjanjian adalah RM3,150. Kos keseluruhan adalah sekitar RM100,790.

 

Semak Status Cukai Pendapatan

cukaipendapatan4

Nak tahu cara semak status cukai pendapatan? Ikuti cara-cara berikut:

  1. layari https://ez.hasil.gov.my/CI/
  2. masukkan nombor kad pengenalan
  3. klik hantar
  4. masukkan katalaluan e-filing
  5. klik teruskan
  6. klik e-Lejer (di bahagian tengah)
  7. klik jumlah RM pada column Baki Lejer 3
  8. klik pada tahun yang ingin dilihat

Nah sekarang anda sudah tahu status cukai pendapatan anda.

Pengudaraan Peti Sejuk

cukaipendapatan4

Sungguh memeningkan jika ada banyak barang yang perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya anda perlu simpan bahan makanan yang telah masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan diasingkan dalam bekas kecil dan kedalaman (tinggi) bekas itu perlu kurang dari 3 inci. Pastikan usaha berterusan untuk menjadikan peti sejuk anda sentiasa boleh melawan segala pembiakan bakteria bahaya dalam bahan makanan anda.

Pengudaraan

Jangan “over-loading” atau sesakkan ruang peti sejuk anda. Peti sejuk perlu ada ruang udara yang baik untuk pengudaraan. Pengudaran baik boleh menentukan ruang peti sejuk anda punyai suhu yang sekata dalam setiap ruangan. Bahan makanan yang sudah dimasak dan bahan makanan yang belum dimasak perlu asingkan. Tentukan rak yang paling sejuk digunakan untuk bahan makanan yang memerlukan suhu yang rendah. Sayuran dedaun perlu diberi perhatian kerana suhu yang rendah akan menyerap kelembapan sayur-sayuran dan menjadi sayur cepat layu dan lecur. Untuk mengelakkan ini adalah perlu sayur-sayur dedaun perlu disimpan dengan dibungkus kertas atau pembalut plastik supaya kelembapan tidak mudah diserap dan menjadi kering.

Makanan yang telah masak yang perlu disimpan dalam peti sejuk, segera disimpan dalam peti sejuk secepat mungkin, sekurang-kurangnya selepas 2 jam terdedah pada suhu bilik untuk melambatkan pembiakan bakteria. Sekiranya suhu bilik tinggi dari 27 darjah centigrade perlu masukan sebelum 1 jam.

Bersihkan Peti Sejuk

Peti sejuk perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Keluarkan semua isi peti sejuk tapi perlu ingat, syarat 2 jam yang disebutkan di atas perlu dipatuhi. Tentukan keadaan peti sejuk anda sentiasa bersih di luar dan di dalam. Segala pertumpahan yang berlaku perlu dilap dan dibersihkan segera. Tentukan suhu di bahagian dingin sentiasa berada dalam +5 darjah centigrade.

Pelaras suhu atau dipanggil “thermostat” berfungsi dalam keadaan baik. Pelaras suhu selain dari mengawal suhu, ia juga penting untuk penjimatan tenaga letrik. Bahagian bawah dalam peti sejuk komersial tidak boleh membiarkan ais terbentuk tebal. Ais akan menjadi penebat (penghalang kepada penyerapan haba dalam ruangan) untuk mendapatkan suhu yang rendah. Suhu ais tepu ialah cuma sifar darjah centigrade. Ais terbentuk kerana kerap kali membuka peti sejuk dan juga getah pintu sejuk anda telah rosak dan perlu diganti. Kunci pintu peti sejuk perlu laraskan untuk menentukan pintu peti sejuk sentiasa kedap dari udara luar yang mempunyai kelembapan tinggi.

Kalau Dibuang Kerja, Ini 4 Langkah Untuk Claim Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)

Cukai Pendapatan 3

Apabila ramai yang diberhentikan kerja, pampasan dibayar haruslah setimpal dengan tempoh masa mereka berkhidmat. Ramai yang mengharapkan pampasan daripada syarikat semata-mata, sedangkan kita boleh claim bayaran dari EIS.

Memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) PERKESO

Sekiranya kita kehilangan pekerjaan, EIS menyediakan insurans pekerjaan membolehkan kita terima RM600 untuk 3 bulan pertama sementara mencari kerja baru!

Faedah EIS mudah diterima tetapi kita harus membuat permohonan terlebih dahulu. Tak susah nak memohon Sistem Insurans Pekerjaan (EIS), caranya juga mudah dan senang.

Cara Membuat Permohonan EIS, PERKESO

Sebelum itu, kita kena tahu syarat-syarat yang diperlukan untuk membuat permohonan EIS bagi memastikan kita benar-benar layak. Terdapat beberapa syarat untuk memohon EIS bagi seluruh masyarakat Malaysia:

  1. Buat permohonan dalam tempoh 30 atau 60 hari sebaik sahaja kita diberhentikan kerja. 30 hari awal lebih baik dan lebih cepat.
  2. Pastikan kita diberhentikan kerja dengan menepati syarat Loss of Employment (LOE) seperti berikut:
  • Syarikat meminta kita buat pilihan bagi VSS atau MSS (skim pemisahan sukarela)
  • Syarikat menindas hak kita (pembuangan kerja konstruktif)
  • Kita diberhentikan kerana pekerja terlalu ramai
  • Syarikat jatuh bankrap dan hampir ditutup / terpaksa ditutup
  • Syarikat ditutup sebab bencana alam
  • Kita terpaksa berhenti kerana diganggu secara seksual / diugut di tempat kerja
  • Kita diberhentikan kerana diberikan tugasan di luar skop kerja dan membahayakan keselamatan
  1. Sekiranya kita layak dengan syarat yang telah ditetapkan, kita perlu memastikan caruman kepada EIS dengan tempoh masa yang telah ditetapkan telah dibuat. Jangan risau, sejak Januari 2018, jumlah perlindungan ini telah dikuatkuasakan.

Tak percaya? Boleh semak slip gaji kalau-kalau ada pemotongan untuk EIS.

Lebih menarik lagi, kita juga akan menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sejumlah RM1,700 sehingga RM10,800.

  1. PERKESO akan membantu kita mendapatkan kerja baru di samping melatih kita dengan kepakaran dan ilmu yang berkaitan. Latihan vokasional dan kemahiran turut disediakan dan ditanggung oleh EIS. Kita juga akan menerima elaun sebanyak RM10 sehingga RM20.

Tawaran Beli Rumah Dan Dapat Cashback?

cukaipendapatan6

Istilah cashback dalam hartanah bermaksud pemulangan wang apabila kita membeli sesebuah hartanah. Nilai dan jumlah cashback tersebut dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P).

Dalam bahasa mudah, cashback ditawarkan oleh pemaju dan yang kita bakal terima nanti mempengaruhi nilai pinjaman pembiayaan hartanah; sekaligus menyebabkan wujudnya kos tambahan dalam pinjaman pembiayaan hartanah.

Ada orang yang membeli sesebuah rumah kerana tawaran diskaun yang tinggi membantu mengurangkan bayaran komitmen bulanan, dan ada juga kerana tawaran cashback kerana inginkan wang tunai segera.

“Tahukah anda, untuk 5% cashback, kita boleh dapat sehingga RM25,000 untuk rumah yang berharga RM500,000.”

Sifat Cashback

 

Sebagai permulaan, kita harus tahu bahawa bank pada kebiasaannya menawarkan pinjaman pembiayaan hartanah sehingga 90% bagi hartanah kediaman.

Dan jika sesebuah projek tersebut menawarkan rebat atau diskaun sebanyak 15%, maka kita akan dapat 5% kembali sebagai cashback; bergantung kepada nilai rebat dan diskaun yang ditawarkan.

Pada kebiasaannya, sebuah projek yang menepati kehendak pembeli rumah tidak perlu menawarkan sebarang cashback mahu pun diskaun yang berlebihan kepada bakal pembeli; melainkan diskaun Bumiputera.

Hal ini berbeza dengan projek yang digelar projek ‘sakit’ yang dijual di luar kemampuan kewangan bakal pembeli rumah dan penawaran jenis kediaman yang tidak tepat, seperti menawarkan kediaman jenis kondominium di kawasan luar bandar.

Risiko Cashback

 

Selain daripada itu, projek-projek yang menawarkan cashback yang tinggi juga akan menyebabkan potensi berlakunya aliran tunai yang negatif kepada bakal pembeli rumah. Ini kerana harga bagi projek-projek ini seringkali dinaikkan atau ‘mark up’ bagi membolehkan mereka memberikan diskaun tambahan.

Kebenaran yang ramai tidak ketahui adalah wang cashback yang kita terima bukanlah wang percuma daripada pemaju mahu pun pihak institusi kewangan. Sebaliknya, kita perlu membayarnya untuk tempoh kurang lebih 30 tahun.

Risiko terbesar apabila kita menerima cashback adalah kita tidak tahu cara terbaik untuk menggunakannya sebagai satu alternatif bagi menjana pendapatan. Akhirnya kita membelanjakannya kepada perkara yang tidak mendatangkan faedah dan setakat memuaskan hawa nafsu semata-mata.

Cara terbaik untuk memahami isu ini, adalah berdasarkan satu senario di mana kita mempunyai pelbagai komitmen dan berdepan dengan hutang yang besar.

Bayangkan kita mempunyai hutang peribadi dan kad kredit sekitar RM50,000 dan juga baki hutang kereta sekitar RM40,000. Bayaran bulanannya secara kasar adalah sekitar RM3,000. Memandangkan komitmen kita sangat tinggi, maka kita tidak mampu untuk menyimpan secara konsisten.

Dan kita pula berminat untuk membeli sebuah rumah pada harga RM650,000 dan ditawarkan cashback sebanyak RM90,000.

Dengan wang RM90,000 tadi, kita sememangnya mampu untuk menyelesaikan hutang peribadi, kad kredit dan baki hutang kereta secara lump sum; bahkan memiliki sebuah rumah lagi!

Di sinilah ramai penerima cashback kantoi kerana tidak mempunyai perancangan rapi tentang pengurusan kewangan dan cenderung menggunakan cashback untuk melancong, menukar sport rim kereta dan sebagainya!

Rumah yang baru sahaja kita beli tersebut memerlukan bayaran bulanan sebanyak RM4,000 sebulan. Dan kita berjaya mendapatkan penyewa pada harga RM2,000 sebulan namun perlu menanggung RM2,000 aliran tunai negatif.

Walaupun kita mungkin menghadapi aliran tunai negatif, keadaan kita adalah lebih baik berbanding dengan tahap hutang sebelum ini. Dan kita mempunyai lebih peluang untuk menyimpan wang pada masa depan.

Guna Cashback Untuk Jana Wang

 

Kesilapan ramai orang yang mendapat cashback adalah mereka berpura-pura tidak tahu bahawa wang tersebut bukanlah wang untuk bercuti ke luar negara, membeli gajet terkini atau pun menaik taraf hidup dengan membeli kereta terbaru.

Cashback jika digunakan dengan betul, mampu membantu kita untuk menjana pendapatan dan mendapat aliran wang tunai positif untuk beberapa tahun lamanya.

Di antara teknik paling bijak dalam menggunakan cashback adalah menggunakannya sebagai 10% deposit rumah kedua mahu pun ketiga.

Dengan ini, kita mampu menjana lebih banyak sumber pendapatan dan jika lokasi rumah yang dibeli adalah strategik, kita berpeluang menyewakannya dan menikmati aliran wang tunai positif.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, cashback sama sekali tidak jahat. Asalkan kita tahu bagaimana cara untuk menggunakan wang tambahan tersebut dengan bijak dengan matlamat untuk menghasilkan aliran wang tunai yang positif.

“Bukan pistol yang membunuh manusia, sebaliknya manusia yang menarik picu dan membunuh manusia lain.”

Dan sekiranya kita tidak memerlukan cashback, kita sebenarnya mampu mendapatkan jumlah pinjaman yang lebih rendah dan tidak berlebihan dalam membuat pinjaman pembiayaan rumah kita kelak.

Pelepasan cukai untuk pasangan yang mencari rawatan kesuburan

cukaipendapatan7

Pasangan yang mencari rawatan kesuburan seperti persenyawaan in-vitro (IVF) akan dapat menikmati pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 yang dilindungi di bawah pelepasan cukai pendapatan untuk rawatan perubatan penyakit serius.

Pengecualian cukai untuk rawatan kesuburan adalah tambahan baharu kepada pelepasan cukai pendapatan untuk rawatan perubatan penyakit serius.

Bagi mereka yang telah menjalani rawatan kesuburan seperti IVF, inseminasi intrauterin (IUI) atau mana-mana rawatan kesuburan yang lain yang diluluskan oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC), jika mereka menyimpan resit, mereka akan layak untuk pelepasan cukai sehingga maksimum RM6,000.

Pelepasan cukai ini terpakai bermula dari Tahun Taksiran 2020 dan mereka yang ingin menuntut pengecualian diperlukan untuk mendapat persijilan dari pengamal perubatan berdaftar MMC.

Resit juga mesti menyatakan nama individu itu. Jadi misalnya, jika resit menyatakan nama suami, dia boleh menuntut pelepasan cukai dan sama berlaku jika resit tersebut berada di bawah nama isteri.

Tetapi jika kedua-dua suami dan isteri mempunyai resit untuk rawatan kesuburan, kedua-duanya boleh menuntut sehingga maksimum RM6,000.

Walau bagaimanapun, oleh kerana rawatan kesuburan berada di bawah peruntukan penyakit yang serius, individu yang telah menuntut pelepasan cukai maksimum RM6,000 untuk penyakit di bawah peruntukan ini tidak layak untuk pengecualian cukai ini.

Tetapi jika individu itu tidak menuntut sehingga RM6,000, dia masih boleh memohon bantuan cukai untuk rawatan kesuburan.

Penalti cukai sifar untuk perumahan, pengeluaran kesihatan

cukaipendapatan6

Mulai tahun 2020, kerajaan memperkenalkan penalti cukai sifar peratus untuk pengeluaran pra-persaraan daripada sub akaun B, PRS – yang memegang 30% daripada penjimatan untuk tujuan penjagaan kesihatan dan perumahan.

Sebagai pengiktirafan terhadap peningkatan kos penjagaan kesihatan, kerajaan juga membenarkan pengeluaran PRS untuk ahli keluarga terdekat.

Diperkenalkan pada tahun 2012, PRS merupakan skim simpanan sukarela bagi rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas membantu menyelamatkan persaraan mereka.

Sebagai insentif tambahan, sumbangan individu kepada PRS layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 setahun.

Majikan juga boleh membuat sumbangan kepada simpanan PRS pekerja mereka, dan boleh menuntut potongan cukai dari pendapatan perniagaan mereka berdasarkan sumbangan yang dibuat atas nama pekerja.

Ahli-ahli yang telah mencapai usia persaraan 55 atau mereka yang mengalami hilang upaya kekal, penyakit serius atau kecacatan mental boleh menarik balik keseluruhan simpanan PRS mereka tanpa dikenakan sebarang penalti cukai.

Cara Mudah Nak Tukar Akaun Simpanan Konvensional Maybank Ke Akaun Islamik

Maybank membenarkan pemilik akaun bank konvensional dengan Maybank untuk menukar akaun konvensional mereka kepada akaun secara Islam. Paling penting, semuanya dilakukan dalam talian. Lebih baik apabila nombor akaun bank anda tidak berubah, kekal pada nombor akaun yang sama. Ramai orang berpegang kepada akaun konvensional kerana mereka telah menggunakannya selama bertahun-tahun. Terlalu malas untuk membuka akaun baharu.
1. Pergi ke laman web Maybank2u dan login seperti biasa.

cukaipendapatan1

2. Kemudian lihat butang pilihan di sebelah kiri atas, pilih APPLY.

cukaipendapatan2

3. Scroll ke bawah dan pilih “Switch to Islamic Account” dan klik APPLY NOW.

cukaipendapatan03

4. Pilih untuk menukar dari akaun mana, jika anda mempunyai banyak akaun konvensional, satu demi satu

cukaipendapatan4

5. Pilih akaun yang anda mahu dan tick pada T & C (tick kedua-dua)

cukaipendapatan05

6. Setelah mengesahkan ia akan memberitahu, selepas beberapa bulan akaun tersebut akan ditukar ke Akaun Berasaskan Islam.

cukaipendapatan06

Cara-cara Nak Kenalpasti Sesuatu Pinjaman Itu Adalah Skim Penipuan

7

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda  tip-tip untuk kenalpasti adakah wujud unsur penipuan dalam pinjaman yang ingin anda mohon.

  1. Kena Bayar Wang Pendahuluan

Hati-hati jika ejen atau pegawai daripada agensi kewangan itu meminta kita bayar apa-apa wang pendahuluan dalam proses mendapatkan pinjaman. Ini bermakna kita sedang ditipu.

Institusi pinjaman wang yang sah tidak akan meminta peminjam untuk membayar apa-apa yuran permohonan. Dan menjadi satu kesalahan sekiranya mereka berbuat demikian.

Selalunya mereka akan beri alasan bahawa bayaran ini adalah disebabkan rekod CCRIS kita yang kurang cantik. Sekiranya memang terdapat bayaran yang perlu anda lakukan untuk proses pinjaman, bayaran itu sepatutnya akan dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman yang kita mohon. Jadi secara logiknya, kita tak perlu bayar duit kepada mereka sewaktu proses permohonan pinjaman dibuat.

  1. Perlu Beri Kad ATM / Kad Debit

Ini lagi bahaya! Mereka ini mungkin akan meminta duit daripada kita sebaik sahaja pinjaman diluluskan. Kad ATM/ Debit kita pula diserahkan dan berada di tangan mereka, jadi senanglah mereka untuk mengeluarkan duit daripada akaun kita sesuka hati.

Selagi bayaran pinjaman tidak habis dilunaskan, selagi itulah kad bank kita berada dalam tangan mereka.

  1. Jumlah Pinjaman Lebih Daripada Yang Dimohon

Satu lagi taktik popular yang dilakukan para penipu ini adalah menghubungi kita melalui emel atau panggilan telefon. Mereka cuba menarik minat kita dengan tawaran pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.

Bagi yang memang ingin memohon pinjaman pula, berhati-hati sekiranya mereka menawarkan jumlah pinjaman lebih daripada apa yang kita pohon. Pastikan kesahihan tawaran ini sebelum kita meneruskan dengan proses pinjaman.

  1. Tawaran Terlalu Bagus

Setiap orang pasti akan tertarik dengan tawaran kadar faedah yang rendah, jaminan wang tunai dan juga kelulusan 100%. Tetapi kita perlu ingat, semua pemberi pinjaman mahukan kembali wang mereka. Sebab itulah bank amat berhati-hati untuk meluluskan sesuatu pinjaman.

Mereka akan menilai pelbagai aspek seperti kemampuan pemohon untuk membayar balik pinjaman dan juga skor kredit pemohon pinjaman. Kalaulah pemberi pinjaman itu beriya-iya ingin memberikan pinjaman kepada kita tanpa menilai rekod kredit dan juga kemampuan kita untuk membayat balik pinjaman, maksudnya ada benda yang tak kenalah tu.

  1. Now Or Never

Ada juga penipu yang menggunakan taktik ‘tawaran istimewa’ untuk menarik minat kita sebagai bakal peminjam. Kemudian mereka akan memujuk kita untuk segera bersetuju untuk menjadi bakal peminjam, kononnya jika kita lambat bertindak ‘tawaran istimewa’ tersebut akan berakhir.

Abaikan mereka! Loan merupakan satu komitmen kewangan yang tinggi. Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat sebarang keputusan. Pastikan dulu dengan siapa kita sedang berurusan.

  1. Pihak Yang Mencurigakan Ingin Meminta Maklumat Peribadi

Bukan semua penipu ini mahukan duit kita. Ada yang menyamar sebagai wakil bank atau syarikat pinjaman terkemuka yang menghubungi anda melalui telefon, emel atau media sosial untuk meminta maklumat peribadi kita.

Jika kita pernah menerima panggilan seperti ini, jangan layan! Mereka cuma mahu mencuri identiti kita untuk digunakan bagi tujuan tertentu.

Jadi jangan mudah terpedaya dengan memberikan salinan kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat mengenai akaun bank kita kecuali kita tahu untuk apa dan kepada siapa maklumat peribadi tersebut akan diberikan.

Jika kita dapati terdapat ciri-ciri di atas semasa ingin membuat permohonan pinjaman dengan mana-mana syarikat pinjaman, lebih baik kita batalkan saja niat tersebut. Lebih baik berwaspada takut nanti menyesal pula di kemudian hari.