Tarikh Akhir E-filing (Borang BE – Penggajian sahaja) ditutup pada 15 Mei 2017, (Borang B – Perniagaan) ditutup pada 15 Julai 2017

Tarikh penghantaran E-filing Borang BE (Individu/Penggajian sahaja) berakhir pada 15 Mei 2017. Manakala borang manual pada 30 April 2017. Bagi individu berpendapatan perniaggan tarikh akhir pada 15 Julai 2017. Sebagai seorang pembayar cukai, mahu tidak mahu anda perlu mengetahui cara mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar dengan mengenal pasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN.

cukai-pendapatan-5-2

Kurangkan Cukai Pendapatan Tahun 2016

Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:

1.       Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang Islam. Anda boleh dapat rebat cukai sebanyak jumlah zakat yang anda bayar.

2.       Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM6,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

3.       Bantuan Kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti AMAN PALESTINE, MERCY dan MAKNA.

4.       Pembelian Buku, Journal, Majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

5.       Melanjutkan Pelajaran Peringkat Sarjana atau Ke Atas (Diri Sendiri) – Pelepasan cukai maksimum RM7,000 setahun.

6.       Pembelian Barangan Sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300.

7.       Insuran Hayat/Takaful Keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6,000 (dikongsi bersama caruman KWSP), Insuran pendidikan dan perubatan – Pelepasan cukai adalan RM3,000.

8.       Bayaran Perubatan untuk Ibu Bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Pelepasan cukai maksimum RM5,000 ATAU penjagaan ibu bapa maksimum RM3,000 dengan disertakan no. kad pengenalan ibu bapa dan bilangan adik-beradik yang menuntut.

9.       Pembelian Komputer – Pelepasan cukai RM3,000 (sekali sahaja dalam 3 tahun).

10.     Perbelanjaan Perubatan bagi penyakit yang sukar diubati – Pelepasan cukai maksimum RM6,000.

11.     Anak di bawah umur 18 tahun – Pelepasan cukai adalah RM2,000 seorang (sijil/matrikulasi) manakala anak 18 tahun dan ke atas dan masih belajar peringkat diploma dan ke atas adalah RM8,000 seorang.

12.     Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – Pelepasan adalah RM250.

Peringatan:

Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai selama 7 tahun. Lebih elok lagi kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi.

Kelewatan penghantaran borang cukai pendapatan akan dikenakan Penalti Seksyen 112(3).

 

Save

Save

Save

Advertisements

4 thoughts on “Tarikh Akhir E-filing (Borang BE – Penggajian sahaja) ditutup pada 15 Mei 2017, (Borang B – Perniagaan) ditutup pada 15 Julai 2017

    • Tarikh akhir untuk membayar baki cukai kena dibayar ialah dalam tempoh 30 hari selepas penghantaran borang cukai pendapatan. Contohnya jika e-filing dihantar pada 20 April 2017, maka pembayar cukai tersebut hendaklah membayar baki cukai kena dibayar selewat-lewatnya pada 19 Mei 2017.

  1. maklumat bilangan anak hanya masukkan bilangan anak mengikut umur dibawah 18 tahun atau umur 18 tahun ke atas yang masih belajar. Jika anda dipanggil untuk audit baru serahkan sijil kelahiran/kad pengenalan anak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s