Nora Danish Ambil Tindakan Pihak Manipulasi Isu Cukai Pendapatan

cukai-pendapatan

Pelakon Nora Danish terpaksa mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang memanipulasi kenyataannya berhubung isu pengecualian cukai pendapatan selepas ia dilaporkan sebuah akhbar sehingga mendapat liputan media antarabangsa.

Nora, 34, dalam kenyataannya malam Jumaat berkata, tindakan itu terpaksa diambil selepas berlakunya fitnah apabila kenyataan asalnya di sebuah akhbar pada awal November lalu telah dimanipulasi oleh blog dan portal tempatan.

“Pada 3 November 2016, saya telah ditemubual oleh akhbar tersebut. Kenyataan yang telah saya beri dalam temubual tersebut telah disalah tafsir dan dimanipulasi oleh beberapa organisasi media dan portal online.

“Sesi temubual tersebut dan kenyataan-kenyataan saya telah diambil luar daripada konteks dan telah disensasikan oleh beberapa akhbar, blog dan pelbagai media secara amnya, termasuk dan tidak terhad kepada tajuk laporan seperti Nora Danish Memohon Agar Artis Diberikan Pengecualian Cukai Untuk Kelihatan Cantik,” katanya.

Terdahulu, Nora dalam kenyataannya dalam  akhbar tersebut telah memberi pendapat agar golongan artis diberi sedikit pengecualian cukai pendapatan khususnya untuk membeli keperluan berkaitan imej.

Bagaimanapun beberapa blog tempatan telah mensensasikan isu itu dengan menuduh kononnya Nora mahu mengelak daripada membayar cukai sedangkan pelakon itu mendakwa dia tidak pernah gagal melaksanakan tanggungajawab berkenaan.

Dalam pada itu Nora berkata, respons kepada manipualsi dibuat bolg itu bersifat sangat memalukan, mengelirukan dan palsu sehingga mendapat liputan luas media antarabangsa.

“Saya tidak pernah menyatakan perlunya pengecualian cukai kepada golongan artis, saya cuma memberi komen tentang penolakan di bawah S.39 Akta Cukai Pendapatan 1967,”  katanya.

Tambah beliau, akibat manipulasi itu, kehidupan peribadi, hubungan dengan pihak ketiga yang tiada kena mengena dengan isu ini serta perniagaannya telah menerima kesan kebencian menimbulkan skandal dan menerima penghinaan seterusnya menjejaskan kariernya.

Dalam perkembangan sama, Presiden, Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi berkata golongan artis sememangnya mendapat pengecualian cukai berkaitan penjagaan imej namun mereka perlu menyimpan resit pembelian bagi tujuan semakan oleh Lembaga Hasil  Dalam Negeri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s