Tip Cukai Tahun 2017 – Siri 1 (Beli alatan penyusuan)

cukai-pendapatan

Kerajaan akan memperkenalkan pelepasan cukai baharu sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu kepada pembayar cukai wanita yang mempunyai anak berumur sehingga dua tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini berkata pelepasan itu diberikan setiap dua tahun sekali, mulai tahun taksiran 2017.

Pembelian peralatan penyusuan susu ibu itu boleh dibuat secara set lengkap atau berasingan yang merangkumi pam susu (manual atau elektrik), bekas penyejuk, bekas pengumpulan dan penyimpanan susu.

Beliau berkata langkah itu sebagai sokongan kepada wanita berkerjaya yang masih menyusukan anak dan galakan kepada mereka untuk kembali bekerja serta meneruskan penyusuan bayi.

Najib berkata selain itu, bagi meringankan beban ibu bapa yang bekerja, kerajaan juga memberikan pelepasan cukai sehingga RM1,000 kepada individu yang menghantar anak berumur enam tahun dan ke bawah ke taman asuhan dan prasekolah yang berdaftar.

“Pelepasan itu akan bermula pada tahun taksiran 2017 dan kerajaan menganggarkan 40,000 individu akan mendapat manfaat daripada pelepasan cukai ini,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s