Penalti seksyen 112(3) dikenakan terhadap kelewatan penghantaran borang cukai pendapatan dari tarikh yang sepatutnya dihantar. Kadar penalti adalah seperti berikut:
Tempoh Masa Kelewatan |
Kadar Penalti (%) Atas Cukai Yang Dikenakan |
Sehingga 12 bulan |
20 |
Melebihi 12 bulan hingga 24 bulan |
25 |
Melebihi 24 bulan hingga 36 bulan |
30 |
Melebihi 36 bulan |
35 |
Contoh:
Pada tahun 2011, Encik Maniam mempunyai pendapatan penggajian sebanyak RM60,000. Beliau mempunyai seorang anak di bawah umur 18 tahun. Insuran nyawa yang dibayar adalah sebanyak RM7,200 manakala insuran pendidikan dan perubatan adalah sebanyak RM3,600. Encik Maniam telah menghantar borang cukai pendapatan secara manual (bukan e-filing) pada 9 Julai 2012. Berikut adalah taksiran tahun 2011 bagi Encik Maniam:
RM |
|||
Gaji |
60,000.00 |
||
Pendapatan Agregat |
60,000.00 |
||
Pelepasan: | |||
Individu |
9,000.00 |
||
Anak di bawah 18 tahun |
1,000.00 |
||
Insurans nyawa dan KWSP |
6,000.00 |
||
Insurans pendidikan dan perubatan |
3,000.00 |
||
Jumlah pelepasan |
19,000.00 |
||
PENDAPATAN BERCUKAI |
41,000.00 |
||
Cukai ke atas yang pertama |
35,000 |
1,525.00 |
|
Cukai ke atas baki |
6,000 |
12% |
720.00 |
JUMLAH CUKAI PENDAPATAN |
2,245.00 |
||
TAMBAH: | |||
Penalti Sek. 112(3) [20%] |
449.00 |
||
CUKAI KENA DIBAYAR |
2,694.00 |
Jelas di sini penalti seksyen 112(3) yang dikenakan adalah RM449.00 dengan kadar penalti sebanyak 20% iaitu kelewatan sehingga 12 bulan.
Pingback: Penghantaran E-filing (Borang BE – Penggajian) akan ditutup pada 15 Mei 2017 | Cukai Pendapatan