LHDN tingkatkan sistem e-filing

imagescaa9d418

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menaik taraf sistem e-filing dan menjangkakan lebih ramai orang memfailkan pulangan cukai secara dalam talian.

 Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Sabin Samitah berkata LHDN menjangkakan lebih daripada empat juta penghantaran melalui elektronik, peningkatan sekurang-kurangnya 2.4% daripada tahun 2016. 

“Kami menggesa semua pembayar cukai untuk mengemukakan borang cukai mereka awal supaya kami boleh cepat memproses dan membayar balik apa-apa lebihan,” katanya selepas majlis sukan FIT Hasil 2017 di pejabat LHDN.

Sabin berkata mengemukakan borang cukai dan membayar cukai sebelum masanya akan mengelakkan pengenaan penalti.  

Beliau berkata, pembayar cukai boleh menggunakan sistem e-filing mulai 1 Mac. Tarikh akhir bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan perniagaan (Borang BE manual) adalah pada 30 April manakala penyata cukai majikan (borang E) adalah 31 Mac. 

Berikutan pindaan dalam undang-undang cukai, adalah mandatori bagi syarikat-syarikat untuk mengemukakan borang E secara elektronik.

 Kira-kira 70% hingga 80% daripada pembayar cukai menghantar borang BE secara elektronik pada tahun 2016. 

LHDN mengutip RM114.015bil pada tahun 2016, yang merupakan 52.51% daripada hasil keseluruhan bagi Kerajaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s