Lampu – Cara Jimatkan Elektrik

cukai pendapatan3

Sebuah lampu mungkin menggunakan sedikit sahaja tenaga elektrik.

Tetapi oleh kerana bilangannya yang banyak dalam sebuah kediaman, maka apabila dijumlahkan, jumlah penggunaan tenaga elektrik boleh menjadi tinggi.

Mengikut kajian, sebanyak 20% penggunaan tenaga elektrik dalam sesebuah kediaman adalah disumbangkan oleh penggunaan lampu.

Maksudnya, jika purata bil elektrik bulanan adalah RM100, 20% daripada jumlah tersebut bersamaan RM20 adalah untuk membayar penggunaan lampu dalam kediaman anda.

Maka, beberapa saranan atau cara jimatkan elektrik dalam penggunaan lampu adalah seperti berikut:

  • Tutup lampu di ruang yang tidak digunakan. Ada orang kata, kalau sering buka-tutup lampu, nanti lampu akan cepat rosak pula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini, tetapkan peraturan 1 jam; jika anda yakin ruang tersebut tidak akan digunakan dalam masa 1 jam, maka tutup sahaja lampu. Jika kurang daripada 1 jam, biarkan sahaja lampu terpasang.
  • Gunakan cahaya semula jadi. Pada waktu siang, kalau boleh banyakkan guna cahaya matahari berbanding cahaya lampu. Buka tingkap dan selak langsir supaya cahaya matahari dapat menerangi kediaman anda tanpa bantuan lampu.
  • Kurangkan bilangan lampu dalam kediaman anda. Kadang-kadang, kita tak perasan, sesetengah ruang atau bilik hanya perlukan sebuah lampu sahaja untuk capai tahap kecerahan optimum. Bagaimana sebuah lampu dapat memberikan pencahayaan yang optimum? Banyak faktor yang mempengaruhi, seperti jenis lampu, sudut pemasangan lampu, kedudukan/posisi lampu (dekat-jauh, tinggi-rendah) dan warna/cat ruang tersebut (lantai, dinding dan siling). Benda ini teknikal, kena belajar kejuruteraan elektrik pula untuk fahami semua faktor ini nanti. Buat sedikit adjustment pada faktor-faktor ini, dan anda boleh kurangkan penggunaan lampu dalam kediaman anda.
  • Gunakan mentol lampu cekap tenaga; jenis light emitting diodes (LED) adalah disarankan kerana lebih tahan lama, jimat tenaga dan mesra alam. Mentol lampu jenis LED juga boleh dibuka-tutup dengan kerap tanpa memberi kesan ke atas jangka hayatnya (maka tak perlu risau untuk sentiasa tutup lampu apabila ruang/bilik tidak digunakan).
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s