Peti sejuk – Cara Jimatkan Elektrik

cukai pendapatan6

Boleh dikatakan hampir semua kediaman pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan bahan-bahan mentah, stok ais dan minuman sejuk.
 

Dan peti sejuk adalah peralatan yang akan dipasang 24 jam sehari secara berterusan, ditutup hanya ketika kerja-kerja penyelenggaraan atau apabila dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pada waktu-waktu lain, peti sejuk akan berterusan dipasang.
Jadi, sudah tentunya peti sejuk akan memberi kesan yang besar ke atas penggunaan elektrik dalam rumah.
Dan, jika dapat jimatkan penggunaan eletrik pada peti sejuk, anda akan dapat mengurangkan bil elektrik dengan banyak juga.
Berikut beberapa tips dan cara jimatkan elektrik bagi peti sejuk:
  • Pastikan kedudukan peti sejuk jauh daripada cahaya matahari dan peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur memasak. Pastikan juga peti sejuk diberikan ruang pengudaraan yang mencukupi; sebaik-baiknya jarakkan peti sejuk (10-30 cm) daripada dinding di bahagian belakang, tepi dan atas. Tidak digalakkan peti sejuk diletakkan dalam kabinet dapur, lebih-lebih lagi ‘dikurung’ dalam almari. Cahaya matahari, sumber haba dan ruang pengudaraan yang tidak mencukupi akan ‘memanaskan’ peti sejuk dan menyebabkan beban kerjanya bertambah.
  • Beli peti sejuk yang mempunyai label penggunaan elektrik cekap star-rating yang baik, dan lebih baik lagi jika ada teknologi inverter. Inverter berfungsi untuk mengawal penggunaan motor peti sejuk secara automatik dan seterusnya akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik untuk peti sejuk tersebut. Boleh baca di sini untuk memahami bagaimana inverter dapat membantu menjimatkan penggunaan elektrik:
  • Kurangkan kekerapan buka-tutup pintu peti sejuk. Jika nak ambil barang-barang dalam peti sejuk, rancang dengan baik agar pintu tidak terlalu kerap dibuka. Terlalu kerap buka dan tutup pintu peti sejuk akan menyebabkan udara sejuk kerap keluar dan meningkatkan suhu peti sejuk. Ini juga meningkatkan beban kerja peti sejuk tersebut.
  • Tetapkan suhu peti sejuk pada suhu yang optimum; suhu yang sesuai bagi ruang biasa adalah sekitar 2-8 ºC, manakala suhu ruang sejuk beku adalah sekitar -18 ºC
  • Jika peti sejuk ada membentuk frost (dinding ais), pastikan ketebalan frost tersebut tidak melebihi 0.6-1.0 cm. Frost yang tebal bukan menyejukkan, sebaliknya akan menjadi penebat haba dan boleh meningkatkan suhu peti sejuk. Pastikan sentiasa cairkan frost dan tutup suis peti sejuk semasa proses pencairan tersebut. Selepas frost cair, buang dahulu air yang bertakung sebelum hidupkan semula peti sejuk.
  • Jangan terlalu penuhkan ruang dalam peti dengan barang-barang. Pastikan ada ruang untuk aliran udara dalam peti sejuk. Tetapi, pada masa yang sama, jangan biarkan peti sejuk terlalu kosong pula. Jika tiada barang untuk disimpan dalam peti sejuk, letakkan sahaja beberapa bekas kosong. Ini akan mengurangkan aliran keluar udara sejuk daripada peti sejuk.
  • Periksa sama ada terdapat kebocoran pada getah pintu peti sejuk. Caranya, cuba selitkan sehelai kertas melalui celahan getah tersebut. Jika kertas dapat diselitkan, maka ada kebocoran. Getah tersebut perlu diganti.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s