Penalti 100% Pengelat Cukai Mulai Tahun 2018

cukai pendapatan38

Lembaga Hasil Dalam Nege­ri (LHDN) membuat penjelasan berhubung isu penalti 100 peratus terhadap pembayar cukai dengan mengemukakan lima contoh kes yang dikenal pasti tertakluk kepada kadar baharu itu.

Antara contoh kes berkenaan adalah kesalahan berulang tidak melapor atau salah melapor pendapatan yang diterima melalui borang retan dan keengganan memberi kerjasama penuh semasa proses audit atau siasatan.
Tiga lagi contoh kes, melibatkan kegagalan memberi maklumat atau dokumen yang diminta untuk membantu proses audit dan siasatan, melaksanakan skim pelarian cukai secara terancang serta kegagalan mematuhi perundangan percukaian walaupun pernah diaudit atau disiasat.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata, di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri diberi kuasa untuk me­ngenakan penalti bagi kesalahan tidak melaporkan pendapatan atau melaporkan dengan salah pendapatan tertakluk kepada cukai.
“Cadangan peningkatan kadar penalti kepada 100 peratus jumlah cukai yang sepatutnya dibayar atas pendapatan tidak dilapor atau kurang dilapor mulai 1 Januari 2018 ini merupakan satu langkah bagi mempertingkatkan tahap pematuhan secara sukarela dalam kala­ngan pembayar cukai dengan cara menangani pembayar cukai yang tegar gagal mematuhi perundangan percukaian,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini.
Kenyataan itu adalah susulan pengumuman Sabin pada Rabu lalu bahawa LHDN dijangka meningkatkan kadar penalti kepada 100 peratus terhadap kesalahan mengelak dan melaporkan jumlah cukai yang tidak tepat dalam kalangan pembayar cukai bermula Januari 2018.
Langkah tersebut diambil be­rikutan kes-kes ketirisan pembayaran cukai di negara ini, khususnya melibatkan syarikat yang menjana keuntungan ratusan juta hingga berbilion ringgit.
Sabin memberitahu, sudah tiba masanya LHDN menyediakan rangka kerja penalti baharu yang memasukkan kadar penalti maksimum berbanding hanya 45 peratus sebelum ini.
Justeru, sebagai persediaan, beliau mahu pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan dan maklumat yang betul dalam masa ditetapkan.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: