LHDN Kutip RM22b penalti sehingga Julai 2017

cukai pendapatan1

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengutip lebih kurang RM22.329 bilion dalam taksiran tambahan dan penalti dari awal 2015 sehingga Julai tahun 2017.

Timbalan ketua pegawai eksekutif (Pematuhan) LHDN, Abdul Manap Dim berkata jumlah yang dikutip dari tahun ke tahun berjumlah RM6.148 bilion,  menghampiri kepada RM6.378 bilion yang dikutip pada tahun 2016.

Taksiran tambahan dan penalti dikenakan LHDN kepada pembayar cukai individu dan korporat yang gagal mematuhi keperluan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Abdul Manap berkata jumlah taksiran tambahan yang diperoleh dari kesilapan pembayar cukai setiap tahun sejak tahun 2015 menunjukkan kecekapan unit pungutan dan pemulihan cukai.

“Selepas siasatan, LHDN telah mengutip lebih dari RM22.3 bilion dalam taksiran tambahan dan penalti dari individu yang kurang mengisytiharkan pendapatan mereka serta syarikat yang terlibat dalam pengelakan cukai sejak tahun 2015,” katanya.

“LHDN telah mengaudit 1,576,709 individu dan 138,203 pembayar cukai korporat pada tahun 2015, mengumpulkan RM9.844 bilion dalam taksiran tambahan dan penalti. Pada tahun 2016, LHDN telah mengaudit 1,742,801 individu dan 161,760 pembayar cukai korporat serta mengutip cukai taksiran tambahan dan penalti sebanyak RM6.378 bilion.”

Berdasarkan angka untuk tujuh bulan pertama tahun 2017, beliau yakin jumlah yang akan dikutip tahun tersebut akan lebih tinggi berbanding tahun 2016.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.