LHDN: Tiada ketetapan khusus cukai iklan digital

culai pendapatan1

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menegaskan tidak mengeluarkan sebarang ketetapan khusus berhubung layanan cukai ke atas pengiklanan digital.

Dalam satu kenyataan, LHDN berkata isu bayaran pengiklanan digital akan ditentukan berdasarkan fakta sesuatu kes dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Setiap kes berkenaan akan dinilai berdasarkan fakta kes tersendiri dalam menentukan sama ada sesuatu transaksi itu merupakan bayaran royalti atau bayaran perkhidmatan dan sama ada tertakluk kepada cukai pegangan atau lain-lain kategori pendapatan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, penilaian kes meliputi kajian ke atas terma penjanjian, bentuk transaksi sebenar yang dijalankan dan lain-lain elemen yang tidak akan diperolehi secara semakan umum.

Pengguna e-dagang menzahirkan kebimbangan rentetan kenyataan Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromaniam pada 18 September 2017 yang dilaporkan berkata, kerajaan dijangka mengutip berbilion ringgit cukai daripada Ekonomi Digital.

Sehubungan itu, LHDN, katanya akan memuat naik satu panduan rasmi di portal rasminya dalam masa terdekat sebagai rujukan.

“Mana-mana pembayar cukai yang mempunyai pertanyaan khusus berhubung isu pengiklanan digital ini dinasihatkan merujuk terus kepada Jabatan Dasar Percukaian, LHDN,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s