Sebab Permohonan Pinjaman Kenderaan Ditolak

car-refinancing

Berikut adalah sebahagian dari alasan dan sebab kenapa pinjaman kenderaan anda ditolak:

 

Umur

 

Kebanyakan bank, menetapkan umur pemohon sekitar 23 tahun ke atas berdasarkan tarikh lahir. Hanya beberapa bank sahaja yang masih membenarkan umur 22 tahun ke atas. Dan saya dapat tahu, hanya Bank Islam sahaja boleh memohon jika umur pemohon tersebut 19 tahun ke atas dengan syarat ianya dilakukan menerusi skim graduan.

Umur terlalu berusia 55 tahun ke atas juga menjadi penyebab pinjaman ditolak.

 

Rekod Hutang Lampau

 

Untuk kes sebegini, selalunya pemohon tidak mempunyai sejarah hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan pinjaman-pinjaman lain yang melibatkan bank. Selalunya mereka yang berumur 28 tahun ke atas dan masih tidak mempunyai rekod lampau berkaitan hutang atau kredit akan ditolak.
Untuk mereka yang di bawah 28 tahun masih boleh dipertimbangkan oleh bank dengan merujuk beberapa faktor.

 

Gaji Minima

 

Ini adalah alasan yang paling kerap terjadi kepada pelanggan. Ramai pemohon gagal pada bahagian ini. Apabila jumlah gaji minima tidak begitu ‘ada’ untuk dilihat sebagai satu kemampuan membayar balik pinjaman, maka pasti bank tidak akan ambil risiko untuk luluskan pinjaman kenderaan anda.

Ada had minima ditetapkan bagi setiap bank. Dan setiap bank pula menetapkan had minima yang berlainan untuk gaji minima ini.

Contohnya:

  • Maybank – RM 2,500 ke atas
  • AmBank – RM 3,000 ke atas
  • Public Bank – RM 2,500 ke atas
  • BSN – RM 2,000 ke atas

Anda boleh rujuk pada laman web setiap bank untuk lihat had gaji minima ini untuk kelulusan pinjaman kenderaan kerana ia sering berubah dari semasa ke semasa.

 

Status Jawatan

 

Tahukah anda, jika status jawatan anda adalah secara kontrak atau sambilan, maka ia merupakan status jawatan yang paling kiritikal bagi pihak bank. Malah, ia menjadi satu keputusan yang sukar untuk sesebuah bank memberikan pinjaman kenderaan.

Selalunya, bank hanya memandang kepada pemohon yang bersatus jawatan tetap sahaja. Akan tetapi, status kontrak kerajaan boleh dipertimbangkan mengikut faktor tertentu.

 

Faktor Halangan

 

Zaman sekarang memang banyak faktor-faktor halangan yang menyebabkan pinjaman bank untuk pembelian kenderaan ditolak. Tak seperti 10 tahun dahulu.

Mereka yang mempunyai faktor halangan seperti senaraihitam, CCRIS, SAA (Special Attention Account), AKPK dan penstrukturan semula pinjaman adalah mereka yang dihalang untuk membuat sebarang pinjaman di bank.

Faktor halangan ini bermakna nama anda dah rosak – hatta bukan disebabkan oleh diri anda; contohnya kerana menjadi penjamin kepada pinjaman orang lain.

 

Usia Perniagaan

 

Jika anda memohon pinjaman kenderaan menggunakan nama perniagaan, faktor usia bisnes anda adalah antara faktor penting. Bagi mereka yang berniaga, perniagaan mestilah lebih dari dua tahun, dibuktikan dengan tarikh pendaftarn perniagaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s