Pengudaraan Peti Sejuk

cukaipendapatan4

Sungguh memeningkan jika ada banyak barang yang perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya anda perlu simpan bahan makanan yang telah masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan diasingkan dalam bekas kecil dan kedalaman (tinggi) bekas itu perlu kurang dari 3 inci. Pastikan usaha berterusan untuk menjadikan peti sejuk anda sentiasa boleh melawan segala pembiakan bakteria bahaya dalam bahan makanan anda.

Pengudaraan

Jangan “over-loading” atau sesakkan ruang peti sejuk anda. Peti sejuk perlu ada ruang udara yang baik untuk pengudaraan. Pengudaran baik boleh menentukan ruang peti sejuk anda punyai suhu yang sekata dalam setiap ruangan. Bahan makanan yang sudah dimasak dan bahan makanan yang belum dimasak perlu asingkan. Tentukan rak yang paling sejuk digunakan untuk bahan makanan yang memerlukan suhu yang rendah. Sayuran dedaun perlu diberi perhatian kerana suhu yang rendah akan menyerap kelembapan sayur-sayuran dan menjadi sayur cepat layu dan lecur. Untuk mengelakkan ini adalah perlu sayur-sayur dedaun perlu disimpan dengan dibungkus kertas atau pembalut plastik supaya kelembapan tidak mudah diserap dan menjadi kering.

Makanan yang telah masak yang perlu disimpan dalam peti sejuk, segera disimpan dalam peti sejuk secepat mungkin, sekurang-kurangnya selepas 2 jam terdedah pada suhu bilik untuk melambatkan pembiakan bakteria. Sekiranya suhu bilik tinggi dari 27 darjah centigrade perlu masukan sebelum 1 jam.

Bersihkan Peti Sejuk

Peti sejuk perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Keluarkan semua isi peti sejuk tapi perlu ingat, syarat 2 jam yang disebutkan di atas perlu dipatuhi. Tentukan keadaan peti sejuk anda sentiasa bersih di luar dan di dalam. Segala pertumpahan yang berlaku perlu dilap dan dibersihkan segera. Tentukan suhu di bahagian dingin sentiasa berada dalam +5 darjah centigrade.

Pelaras suhu atau dipanggil “thermostat” berfungsi dalam keadaan baik. Pelaras suhu selain dari mengawal suhu, ia juga penting untuk penjimatan tenaga letrik. Bahagian bawah dalam peti sejuk komersial tidak boleh membiarkan ais terbentuk tebal. Ais akan menjadi penebat (penghalang kepada penyerapan haba dalam ruangan) untuk mendapatkan suhu yang rendah. Suhu ais tepu ialah cuma sifar darjah centigrade. Ais terbentuk kerana kerap kali membuka peti sejuk dan juga getah pintu sejuk anda telah rosak dan perlu diganti. Kunci pintu peti sejuk perlu laraskan untuk menentukan pintu peti sejuk sentiasa kedap dari udara luar yang mempunyai kelembapan tinggi.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.