Program Khas Pengakuan Sukarela

cukaipendapatan

Artikel ini menerangkan prosedur untuk melaksanakan Program Khas Pengakuan Sukarela (Program Khas) kepada pembayar cukai yang layak berikutan Pembentangan Bajet 2019 yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan Malaysia pada 2 November 2018.

Pengakuan sukarela meliputi:
i. Pembayar cukai tidak pernah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Pembayar cukai baharu perlu mendaftar terlebih dahulu nombor cukai pendapatan. Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) / Borang Nyata Petroleum (BNP) / Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) perlu dikemukakan dalam tempoh Program Khas, sama ada secara e-Filing / e-Lodgement atau manual.

Pengemukaan BNCP bagi pembayar cukai kategori syarikat diwajibkan secara e-Filing mulai tahun taksiran 2014.
ii. Pembayar cukai berdaftar dengan LHDNM dan belum mengemukakan BNCP / BNP /BNCKHT bagi mana-mana tahun taksiran. BNCP / BNP / BNCKHT perlu dikemukakan dalam tempoh Program Khas, sama ada secara e-Filing / e-Lodgement atau manual.
Pengemukaan BNCP bagi pembayar cukai kategori syarikat diwajibkan secara e-Filing mulai tahun taksiran 2014.
iii. Pembayar cukai yang telah mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT tetapi tidak melaporkan pendapatan / keuntungan pelupusan aset dengan betul bagi mana-mana tahun taksiran.

Pembayar cukai perlu mengemukakan pengakuan secara bertulis dalam tempoh Program Khas, sama ada melalui surat atau e-mel, berkaitan pendapatan / keuntungan pelupusan aset yang belum dilaporkan.

iv. Pembayar duti yang belum membuat penyeteman surat cara melebihi enam (6) bulan selepas tempoh penyeteman. Surat cara yang melebihi enam (6) bulan selepas tempoh penyeteman (30 hari dari tarikh surat cara disempurnakan) perlu dikemukakan dalam tempoh Program Khas sama ada secara dalam talian (online) atau manual.

Semua pengakuan sukarela bagi pendapatan tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun taksiran kebelakang akan ditaksir berdasarkan tahun pendapatan tersebut diterima / sepatutnya diterima. Walau bagaimanapun, sekiranya tahun yang pendapatan itu berkait tidak dapat ditentusahkan secara jelas, pelaporan pendapatan tersebut dalam tahun taksiran 2017 boleh dibenarkan. BNCP / BNP bagi tahun kebelakang masih perlu dikemukakan dengan memasukkan amaun “0” pada ruangan pendapatan.

Kadar penalti pengakuan sukarela adalah seperti berikut:


Kategori Pengakuan Sukarela
Kaedah Pelaksanaan
Tempoh Membuat Pengakuan Sukarela dan Kadar Penalti
03.11.18
hingga
31.03.19
01.04.19
hingga
30.06.19

Pembayar cukai tidak pernah berdaftar • Pendaftaran nombor cukai pendapatan

• Pembayar cukai perlu mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT bagi tahun taksiran berkaitan

10%

15%


Pembayar cukai berdaftar dan belum mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT bagi mana-mana tahun taksiran Pembayar cukai perlu mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT bagi tahun taksiran berkaitan

10%

15%


Pembayar cukai yang telah mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT tetapi tidak melaporkan pendapatan / keuntungan pelupusan aset dengan betul bagi mana-mana tahun taksiran Pembayar cukai perlu membuat pengakuan secara bertulis sama ada melalui surat atau e-mel

10%

15%


Pembayar duti yang mengemukakan surat cara melebihi enam (6) bulan selepas tempoh penyeteman (30 hari dari tarikh surat cara disempurnakan) Tidak berkenaan

10% atau minimum RM50

15% atau minimum RM100


Tempoh Sukarela

Kadar penalti selepas Program Khas adalah seperti berikut:
1. Pembayar cukai yang gagal mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967 / subseksyen 29(3) ACKHT 1976 pada kadar minimum 80% sehingga 300%.

2. Pembayar cukai yang tidak melaporkan pendapatan yang betul boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 113(2) ACP 1967 / subseksyen 52(2) APCP 1967 / subseksyen 30(2) ACKHT 1976 pada kadar minimum 80% sehingga 100%.

Peraturan bayaran bagi pengakuan sukarela dalam tempoh Program Khas adalah seperti berikut:
i. Pembayar cukai hendaklah menjelaskan bayaran cukai seperti berikut:

Tempoh Pengakuan

Bayar pada/sebelum

03/11/2018 – 31/03/2019

01/04/2019 – 30/06/2019

01/04/2019

01/07/2019

ii. Pembayar cukai yang gagal menjelaskan baki cukai pada akhir tempoh yang ditetapkan iaitu pada 01/04/2019 atau 01/07/2019, kenaikan cukai akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Sekiranya tunggakan cukai masih tidak dibayar, tindakan mahkamah akan diambil.

Advertisements

Cukai Dalam Slip Gaji

83.jpg

Bila saya tengok slip gaji, ada potongan untuk cukai pendapatan! Apa sudah jadi. Kenapa unit gaji potong gaji saya?

Jangan panik. Ini adalah perkara biasa. Jika pendapatan anda telah melebihi jadual yang ditetapkan oleh LHDN, maka gaji anda akan dipotong untuk cukai pendapatan. Ia dipanggil Potongan Cukai Berjadual (PCB).

Tapi gaji saya kecil sahaja dan tak layak kena cukai. Jangan bimbang. Anda hanya perlu mengisi e-filing. Bayaran balik akan dimasukkan ke akaun anda jika potongan cukai anda melebihi cukai kena bayar. Tapi jika sebaliknya, anda hendaklah membuat bayaran tambahan pula di bank.

Jika anda merasakan potongan adalah terlalu banyak, anda boleh mengisi borang  PCB di unit gaji anda dengan menyatakan status perkahwinan dan bilangan anak.

 

Dokumen apa yang perlu disimpan?

 

charity-receipts-for-taxes-6-receipt-for-tax-deductible-donation-return-receipt-form-for-tax-deductible-receipt-photo

Pening betul. Ada macam-macam dokumen dalam perniagaan ni. Ada Payment Advice, Quotation, Invoice, Delivery Order, Purchase Order dan lain-lain. Tak kan nak simpan semua? Tentu LHDN hanya memeriksa dokumen tertentu sahaja.

Tapi tahukah anda bahawa setiap pembayar cukai dikehendaki menyimpan SEMUA rekod dan dokumen bagi tujuan menentukan pendapatan bercukai dan cukai yang kena dibayar. Apabila diaudit, rekod dan dokumen ini diperlukan untuk menyokong tuntutan perbelanjaan yang dibuat dalam borang nyata cukai pendapatan (BNCP) yang telah dikemukakan kepada LHDN.

Menurut seksyen 82 dan 82A, rekod dan dokumen hendaklah disimpan bagi tempoh tujuh tahun dari akhir tahun taksiran yang di dalamnya e-filing dikemukakan.

Tarikh Akhir Bayar Cukai Pendapatan

cukai pendapatan

Soalan:

Bila tarikh akhir untuk membayar baki Cukai Kena Bayar?

Jawapan:

Tarikh akhir untuk membayar baki cukai kena dibayar ialah dalam tempoh 30 hari selepas penghantaran borang cukai pendapatan. Contohnya jika e-filing dihantar pada 20 April 2018, maka pembayar cukai tersebut hendaklah membayar baki cukai kena dibayar selewat-lewatnya pada 19 Mei 2018.

Tip Cukai Pendapatan