Cukai Dalam Slip Gaji

83.jpg

Bila saya tengok slip gaji, ada potongan untuk cukai pendapatan! Apa sudah jadi. Kenapa unit gaji potong gaji saya?

Jangan panik. Ini adalah perkara biasa. Jika pendapatan anda telah melebihi jadual yang ditetapkan oleh LHDN, maka gaji anda akan dipotong untuk cukai pendapatan. Ia dipanggil Potongan Cukai Berjadual (PCB).

Tapi gaji saya kecil sahaja dan tak layak kena cukai. Jangan bimbang. Anda hanya perlu mengisi e-filing. Bayaran balik akan dimasukkan ke akaun anda jika potongan cukai anda melebihi cukai kena bayar. Tapi jika sebaliknya, anda hendaklah membuat bayaran tambahan pula di bank.

Jika anda merasakan potongan adalah terlalu banyak, anda boleh mengisi borang  PCB di unit gaji anda dengan menyatakan status perkahwinan dan bilangan anak.

 

Advertisements

Dokumen apa yang perlu disimpan?

 

charity-receipts-for-taxes-6-receipt-for-tax-deductible-donation-return-receipt-form-for-tax-deductible-receipt-photo

Pening betul. Ada macam-macam dokumen dalam perniagaan ni. Ada Payment Advice, Quotation, Invoice, Delivery Order, Purchase Order dan lain-lain. Tak kan nak simpan semua? Tentu LHDN hanya memeriksa dokumen tertentu sahaja.

Tapi tahukah anda bahawa setiap pembayar cukai dikehendaki menyimpan SEMUA rekod dan dokumen bagi tujuan menentukan pendapatan bercukai dan cukai yang kena dibayar. Apabila diaudit, rekod dan dokumen ini diperlukan untuk menyokong tuntutan perbelanjaan yang dibuat dalam borang nyata cukai pendapatan (BNCP) yang telah dikemukakan kepada LHDN.

Menurut seksyen 82 dan 82A, rekod dan dokumen hendaklah disimpan bagi tempoh tujuh tahun dari akhir tahun taksiran yang di dalamnya e-filing dikemukakan.

Tarikh Akhir Bayar Cukai Pendapatan

cukai pendapatan

Soalan:

Bila tarikh akhir untuk membayar baki Cukai Kena Bayar?

Jawapan:

Tarikh akhir untuk membayar baki cukai kena dibayar ialah dalam tempoh 30 hari selepas penghantaran borang cukai pendapatan. Contohnya jika e-filing dihantar pada 20 April 2018, maka pembayar cukai tersebut hendaklah membayar baki cukai kena dibayar selewat-lewatnya pada 19 Mei 2018.

Tip Cukai Pendapatan

Tarikh Akhir untuk E-filing (Borang BE – Penggajian sahaja dan Borang B – Perniagaan)

Tarikh penghantaran E-filing Borang BE (Penggajian sahaja) berakhir pada 15 Mei 2018. Manakala borang manual pada 30 April 2018. Bagi individu berpendapatan perniagaan tarikh akhir pada 15 Julai 2018 iaitu Borang B. Manakala borang manualnya pada 30 Jun 2018. Sebagai seorang pembayar cukai, mahu tidak mahu anda perlu mengetahui cara mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar dengan mengenal pasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN.

cukai-pendapatan-5-2

Kurangkan Cukai Pendapatan Tahun 2017

Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:

1.       Bantuan Kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti AMAN PALESTINE, MERCY dan MAKNA. Anda boleh tolakkan dari pendapatan agregat.

2.       Bayaran Perubatan untuk Ibu Bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Pelepasan cukai maksimum RM5,000 ATAU penjagaan ibu bapa maksimum RM3,000 dengan disertakan no. kad pengenalan ibu bapa dan bilangan adik-beradik yang menuntut.

3.       Melanjutkan Pelajaran Peringkat Sarjana atau Ke Atas (Diri Sendiri) – Pelepasan cukai maksimum RM7,000 setahun.

4.     Perbelanjaan Perubatan bagi penyakit yang sukar diubati – Pelepasan cukai maksimum RM6,000.

5.     Pemeriksaan perubatan penuh bagi penyakit biasa – Pelepasan cukai maksimum RM500.

6.      Gaya Hidup (semuanya maksimum RM2,500)

a) Pembelian buku, majalah, surat khabar bercetak; Tip Belian Surat Khabar

b) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet; Tip Belian Telefon Pintar Tip Belian Tablet

c) Pembelian peralatan sukan dan bayaran keahlian gimnasium; Tip Keahlian Gimnasium

d) Bayaran langganan internet. Tip Langganan Internet

7.        Pembelian peralatan penyusuan – Pelepasan cukai maksimum RM1,000. Sekali dalam tempoh dua tahun. Tip Peralatan Penyusuan

8.        Yuran penghantaran anak ke pusat asuhan Kanak-kanak atau Pra-sekolah – Pelepasan cukai maksimum RM1,000.

9.       Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM6,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

10.     Anak di bawah umur 18 tahun – Pelepasan cukai adalah RM2,000 seorang (sijil/matrikulasi) manakala anak 18 tahun dan ke atas dan masih belajar peringkat diploma dan ke atas adalah RM8,000 seorang.

11.       Insuran Hayat/Takaful Keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6,000 (dikongsi bersama caruman KWSP), Insuran pendidikan dan perubatan – Pelepasan cukai adalah RM3,000.

12.     Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – Pelepasan adalah RM250.

13.      Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang Islam. Anda boleh dapat rebat cukai sebanyak jumlah zakat yang anda bayar.

Peringatan:

Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai selama 7 tahun. Lebih elok lagi kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi.

Kelewatan penghantaran borang cukai pendapatan akan dikenakan Penalti Seksyen 112(3).

 

Save

Save

Save