Tip Simpan Resit Untuk Cukai Pendapatan

which-receipts-should-i-keep-for-tax

Aduh! Banyaknya resit yang nak disimpan. Resit apa yang perlu disimpan? Berikut adalah resit-resit yang perlu disimpan dalam tempoh 7 tahun:

  1. Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti AMAN PALESTINE, MERCY dan MAKNA
  2. Perbelanjaan Perubatan
  3. Pembelian buku, majalah, surat khabar bercetak, pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, pembelian peralatan sukan dan bayaran keahlian gimnasium
  4. Bayaran langganan internet
  5. Pembelian peralatan penyusuan
  6.  Yuran penghantaran anak ke pusat asuhan kanak-kanak atau pra-sekolah
  7.  Penyata bayaran tahunan Insuran Hayat/Takaful Keluarga, Insuran pendidikan dan perubatan
  8. Zakat

Satu lagi masalah. Dakwat pada resit ini akan hilang. Jadi macam mana? LHDN menasihati orang ramai supaya membuat salinan pada resit-resit ini.

Advertisements

Tip Cukai Tahun 2017 – Siri 2 (Simpan resit langganan internet – tidak termasuk bayaran bil telefon)

cukai pendapatan8 (2)

Anda ada langgan internet? Cetak dan simpan resit langganan internet untuk pengecualian cukai pendapatan tahun taksiran 2017! Biasanya dekat perincian resit telco, akan dinyatakan atau dijelaskan pengasingan antara panggilan/sms dan internet. Harap maklum bayaran bil telefon (penggunaan panggilan dan SMS) tidak dibenarkan tuntut.

Kalau dah satu pakej tu tidak bolehlah tuntut! Kena minta telco asingkan dalam bil. Kesiannya.