Resit yang perlu ada sebelum 31 Disember

cukai-pendapatan

Berikut adalah resit yang perlu ada sebelum 31 Disember untuk pelepasan cukai pendapatan tahun ini:

  1. Perjanjian Jual & Beli bagi rumah yang disewa
  2. Resit sumbangan kepada organisasi
  3. Resit perbelanjaan perubatan yang sukar diubati
  4. Resit pembelian buku
  5. Resit pembelian majalah
  6. Resit pembelian surat khabar bercetak
  7. Resit pembelian komputer peribadi
  8. Resit pembelian telefon pintar
  9. Resit pembelian tablet
  10. Resit pembelian peralatan sukan
  11. Resit bayaran keahlian gimnasium
  12. Resit bayaran langganan internet
  13. Resit bayaran peralatan penyusuan
  14. Resit yuran anak ke pusat asuhan kanak-kanak atau pra-sekolah
  15. Penyata baki simpanan di SSPN
  16. Penyata tahunan insurans hayat, insurans pendidikan dan insurans perubatan
  17. Resit Zakat
Advertisements

Tiada Lagi Caj 50 Sen Untuk Pemindahan Wang Segera Antara Bank

maybank_publicbank_cimb-featured-image

Para pengguna tempatan yang melakukan pemindahan wang segera antara bank (Instant Transfer) tidak lagi akan dikenakan caj sebanyak 50 sen. Hal ini selari dengan pengumuman Bank Negara pada tahun lepas.
Pemindahan percuma untuk transaksi segera ini hanya tertakluk kepada pemindahan dana dibawah RM5,000 secara atas-talian.
Pihak Bank Negara Malaysia hadir dengan langkah ini dalam lebih mengalakkan pengguna membuat pembayaran elektronik. Disamping itu, ia juga akan mengalakkan lagi arena kewangan digital, e-dagang, dan nirtunai yang semakin berkembang akhir-akhir ini.
Beberapa bank telah pun mula mengimplementasi perkara ini sejak beberapa bulan yang lepas, dan bermula 1 Julai 2018, perkara ini turut diimplementasi oleh semua bank seluruh negara untuk transaksi atas-talian.

Tip Simpan Resit Untuk Cukai Pendapatan

which-receipts-should-i-keep-for-tax

Aduh! Banyaknya resit yang nak disimpan. Resit apa yang perlu disimpan? Berikut adalah resit-resit yang perlu disimpan dalam tempoh 7 tahun:

  1. Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti AMAN PALESTINE, MERCY dan MAKNA
  2. Perbelanjaan Perubatan
  3. Pembelian buku, majalah, surat khabar bercetak, pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, pembelian peralatan sukan dan bayaran keahlian gimnasium
  4. Bayaran langganan internet
  5. Pembelian peralatan penyusuan
  6.  Yuran penghantaran anak ke pusat asuhan kanak-kanak atau pra-sekolah
  7.  Penyata bayaran tahunan Insuran Hayat/Takaful Keluarga, Insuran pendidikan dan perubatan
  8. Zakat

Satu lagi masalah. Dakwat pada resit ini akan hilang. Jadi macam mana? LHDN menasihati orang ramai supaya membuat salinan pada resit-resit ini.