Kadar Cukai Pendapatan Syarikat

warrenbuffetttaxrate

1. Syarikat Bermastautin

Mulai Tahun Taksiran 2016:

  • Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta
    • RM500,000 yang pertama
    • Baki Seterusnya
 

19%
24%

  • Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta

24%

2. Syarikat Tidak Bermastautin

Skop Pengenaan Percukaian

Layak dicukai di bawah cukai Malaysia apabila menjalankan perniagaan melalui pertubuhan tetap di Malaysia dan boleh ditaksir ke atas pendapatan yang terakru dari Malaysia.

Kadar Cukai Tidak Bermastautin

Jenis Pendapatan Kadar (%)
Perniagaan
Sewa

25

Dividen (Franked)
Dividen (Single tier)*

25
0

Pendapatan penghibur profesional

15

Faedah

15

Royalti

10

Pendapatan kelas khas:
  • Sewaan harta alih

10

  • Bayaran untuk khidmat teknikal dan pengurusan yang dijalankan di Malaysia

10

  • Bayaran untuk perkhidmatan yang diberi di Malaysia berkaitan dengan penggunaan harta atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, jentera atau alat-alat lain yang dibeli daripada bukan pemastautin

10

Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT)
  • Selain daripada syarikat bermastautin

10

  • Syarikat tidak bermastautin

25

  • Institusi pelaburan asing

10

Berkuatkuasa 01/01/2007

*Dengan pengenalan sistem single tier berkuatkuasa 1.1.2008, semua dividen adalah dikecualikan cukai ditangan penerima. Bagaimanapun syarikat yang masih mempunyai kredit seksyen 108 di bawah sistem imputasi diberi tempoh peralihan sehingga 31.12.2013 untuk mengeluarkan dividen seperti biasa bagi membolehkan baki kredit seksyen 108 dihapuskan.

Advertisements

Jenis Audit Cukai

cukai pendapatan21

Terdapat dua jenis audit cukai: audit meja dan audit luar

1) Audit meja 

Melibatkan isu-isu yang lebih mudah atau pelarasan cukai yang boleh ditangani melalui surat-menyurat di pejabat LHDN. Biasanya ia melibatkan memeriksa semua maklumat tentang pendapatan dan perbelanjaan, serta pelbagai jenis tuntutan yang dibuat oleh pembayar cukai dalam borang cukai pendapatannya.

2) Audit luar

Lebih rumit. Ia biasanya berlaku di premis pembayar cukai dan melibatkan pemeriksaan semua rekod perniagaan pembayar cukai melalui agen cukai atau pegawai.Bagi kes perseorangan atau perkongsian, jika rekod perniagaan pembayar cukai tidak lengkap, ia mungkin melibatkan pemeriksaan rekod bukan perniagaan seperti penyata bank peribadi dan aset lain. Pembayar cukai akan diberikan notis sebelum audit luar dilakukan.Masa yang diperlukan untuk melengkapkan peperiksaan di premis boleh berkisar antara satu hingga tiga hari. Walau bagaimanapun, jangka masa audit boleh dilanjutkan bergantung pada saiz perniagaan dan kerumitan transaksi perniagaan. 

Kedua-dua jenis audit adalah bertujuan untuk menggalakkan pematuhan secara sukarela dengan undang-undang dan peraturan cukai, dan untuk memastikan kadar pematuhan cukai yang lebih tinggi dicapai di bawah Sistem Taksiran Sendiri.

Mengapa saya dipilih untuk diaudit?

Asas pilihan kes audit termasuk perkara berikut:

1) Melalui sistem komputer berdasarkan kriteria analisis risiko

2) Maklumat yang diterima daripada pihak ketiga atau pihak lain

3) Berdasarkan kategori industri tertentu

4) Berdasarkan isu-isu tertentu yang mempengaruhi kumpulan tertentu pembayar cukai atau berdasarkan isu-isu tertentu yang merangkumi lokasi geografi.

 

Nora Danish Ambil Tindakan Pihak Manipulasi Isu Cukai Pendapatan

cukai-pendapatan

Pelakon Nora Danish terpaksa mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang memanipulasi kenyataannya berhubung isu pengecualian cukai pendapatan selepas ia dilaporkan sebuah akhbar sehingga mendapat liputan media antarabangsa.

Nora, 34, dalam kenyataannya malam Jumaat berkata, tindakan itu terpaksa diambil selepas berlakunya fitnah apabila kenyataan asalnya di sebuah akhbar pada awal November lalu telah dimanipulasi oleh blog dan portal tempatan.

“Pada 3 November 2016, saya telah ditemubual oleh akhbar tersebut. Kenyataan yang telah saya beri dalam temubual tersebut telah disalah tafsir dan dimanipulasi oleh beberapa organisasi media dan portal online.

“Sesi temubual tersebut dan kenyataan-kenyataan saya telah diambil luar daripada konteks dan telah disensasikan oleh beberapa akhbar, blog dan pelbagai media secara amnya, termasuk dan tidak terhad kepada tajuk laporan seperti Nora Danish Memohon Agar Artis Diberikan Pengecualian Cukai Untuk Kelihatan Cantik,” katanya.

Terdahulu, Nora dalam kenyataannya dalam  akhbar tersebut telah memberi pendapat agar golongan artis diberi sedikit pengecualian cukai pendapatan khususnya untuk membeli keperluan berkaitan imej.

Bagaimanapun beberapa blog tempatan telah mensensasikan isu itu dengan menuduh kononnya Nora mahu mengelak daripada membayar cukai sedangkan pelakon itu mendakwa dia tidak pernah gagal melaksanakan tanggungajawab berkenaan.

Dalam pada itu Nora berkata, respons kepada manipualsi dibuat bolg itu bersifat sangat memalukan, mengelirukan dan palsu sehingga mendapat liputan luas media antarabangsa.

“Saya tidak pernah menyatakan perlunya pengecualian cukai kepada golongan artis, saya cuma memberi komen tentang penolakan di bawah S.39 Akta Cukai Pendapatan 1967,”  katanya.

Tambah beliau, akibat manipulasi itu, kehidupan peribadi, hubungan dengan pihak ketiga yang tiada kena mengena dengan isu ini serta perniagaannya telah menerima kesan kebencian menimbulkan skandal dan menerima penghinaan seterusnya menjejaskan kariernya.

Dalam perkembangan sama, Presiden, Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi berkata golongan artis sememangnya mendapat pengecualian cukai berkaitan penjagaan imej namun mereka perlu menyimpan resit pembelian bagi tujuan semakan oleh Lembaga Hasil  Dalam Negeri.

Si Kaya vs Si Miskin

Sebenarnya anda tidak perlu menjadi CEO atau pegawai atasan untuk menjadi kaya. Anda perlu mendisiplin diri anda untuk menguruskan duit gaji anda. Berikut adalah tabiat-tabiat yang perlu anda lakukan.

cukai-pendapatan

Hukum 70%

Jika anda masih belum membuat patongan cukai berjadual (PCB), sila berjumpa dengan majikan anda. Beritahu beliau yang anda harus membuat potongan tersebut agar anda tidak terkejut beruk mendapat penyata bayaran cukai dari LHDN! Ini bermakna anda harus membelanjakan hanya 70% dari gaji yang anda dapat setiap bulan.

Satu lagi, kalau anda dapat tunggakan gaji tak kisahlah tahun semasa atau tahun lepas, anda memang wajid membelanjakan duit tersebut hanya 70%. Lagi 30% untuk bayar cukai pendapatan nanti.

Kebajikan

Jika wang berlebihaneloklah disalurkan kepada kebajikan. Keluarkan sedekah untuk masjid, rumah anak yatim atau badan kebajikan yang memerlukannya. Jumlah sedekah tersebut sepatutnya tidak termasuk zakat pendapatan yang wajib dikeluarkan, kerana ia sudah kewajipan. Zakat pembersih harta, sedekah penawar jiwa.

Amalan bersedekah lebih baik dimulakan dari awal, dengan jumlah yang kecil. Adalah lebih mudah untuk mengeluarkan 10 sen daripada satu ringgit yang kita dapat, berbanding mengeluarkan RM100,000 daripada RM1 juta. Mungkin anda akan berkata, “Oh, jika saya ada RM1 juta, saya pasti akan keluarkan RM100,000.” Maaf, saya tidak begitu pasti jika anda boleh lakukannya. RM100,000 adalah satu jumlah yang banyak. Mulakan lebih awal supaya anda boleh memupuk tabiat sebegini sebelum duit yang lebih besar datang kepada anda.

Pelaburan

Anda akan mula membina kekayaan dengan 10% kedua pendapatan selepas cukai yang anda terima. Inilah duit yang akan anda gunakan untuk membeli, membaiki, merekacipta atau menjual. Yang penting adalah untuk melibatkan diri anda dengan perniagaan (bisnes), walaupun “part-time”.

Pada saya, pelaburan yang terbaik adalah memberi pendidikan ilmu yang berguna kepada anak-anak contohnya hantar mereka kursus bahasa Inggeris, kursus memanah atau belajar silat. Pelaburan ini akan memerikan kekuatan rohani kepada keluarga anda.

Dana CSR Kifayah Korporat untuk Amal yang dianjurkan oleh Biro Khidmat Komuniti Pengurusan Kifayah CSR Korporat-Korporat Malaysia untuk Amal/Pertubuhan Pengurusan Pembangunan Inisiatif Pelapis Usahawan Muda Negeri Sabah

cukai-pendapatan3r

” LHDNM ingin memaklumkan bahawa Dana CSR Kifayah Korporat untuk Amal yang dianjurkan oleh Biro Khidmat Komuniti Pengurusan Kifayah CSR Korporat-Korporat Malaysia untuk Amal/Pertubuhan Pengurusan Pembangunan Inisiatif Pelapis Usahawan Muda Negeri Sabah bukanlah sebuah organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Akta tersebut. Oleh itu, sumbangan wang tunai kepada organisasi tersebut tidak layak mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta yang sama. “

Program Tawaran Pengurangan Penalti Jana Kutipan Cukai RM1.1711 Bilion

cukai-pendapatan4

Sejumlah RM1.711 bilion telah berjaya dikutip dari pembayar cukai menerusi ‘Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai’ sejak ia mula dilaksanakan bermula 1 Mac hingga 31 Ogos lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata jumlah itu membabitkan kutipan cukai pendapatan sebanyak RM1.407 bilion yang melibatkan 20,092 kes dan kutipan penalti berjumlah RM304 juta yang melibatkan 32,207 kes
.
“Tawaran yang diberikan adalah berdasarkan peratusan dan mengikut tempoh masa,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Shabudin ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk melanjutkan Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai yang bakal berakhir pada 15 Disember ini.

Othman berkata pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh program itu.

Program itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan lepas yang bertujuan melonggarkan pengenaan penalti kepada pembayar cukai yang tampil secara sukarela melaporkan pendapatan mereka.

Che Ta Disekat Keluar Negara

cukai-pendapatan5

Hajat pelakon dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau Che Ta untuk meraikan ulang tahun kedua hari lahir anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, di London tidak kesampaian kerana berdepan dengan masalah tunggakan cukai.

Che Ta telah membuat tempahan lokasi dan persiapan bagi meraikan hari istimewa itu tetapi hasratnya itu tersekat buat sementara waktu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Che Ta menjelaskan bahawa beliau perlu melunaskan sejumlah tunggakan yang besar sekiranya ingin ke luar negara.
“Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus.
“Saya telah mengadakan pertemuan bersama pihak LHDN berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan.
“Buat masa ini, nak bayar separuh dari jumlah itu pun saya belum mampu lakukan lagi,” katanya yang sepatutnya terbang ke London, Ahad lalu.
Walau bagaimanapun, Che Ta bersyukur anaknya itu masih kecil dan belum memahami masalah yang dihadapinya itu.
“Mujur Aaisyah masih kecil dan tidak faham masalah yang saya lalui. Kalau sudah besar, barangkali dia akan berkecil hati.
“Cuma moodnya memang kurang baik hari ini. Saya jarang membawanya ke acara yang membabitkan ramai orang. Jadi, memang dia tidak biasa dengan situasi seperti ini,” katanya yang merujuk kepada majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekatnya.
Sebagai ibu, beliau berusaha untuk membahagiakan anak-anaknya.
“Sebelum ini, majlis hari lahir abangnya, Ammar, umpamanya diadakan di Santorini, Greece. Cuma nasib Aaisyah kurang baik apabila saya berdepan dengan masalah ini,” katanya.

LHDN buru doktor kerana salah isytihar cukai

cukai-pendapatan-7

Doktor di syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan perubatan kepada hospital kini sedang diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana kesalahan salah mengisytiharkan cukai, menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Doktor ini membuka firma mereka sendiri dengan menyangka perancangan cukai mereka akan jadi lebih mudah, kata Presiden MMA Dr Ashok Zakaria Philip, yang bertemu sebahagian daripada mereka sebelum tahun baru.

Tetapi Dr Ashok diberitahu, LHDN kini memburu doktor berkenaan kerana mereka menandatangani kontrak dengan hospital untuk menyediakan perkhidmatan perubatan atas nama mereka sendiri, bukan nama syarikat.

“Oleh itu, mereka berkata, pendapatan disalah isytihar, terdapat kekurangan dalam jumlah kutipan cukai dan LHDN mengesan perkara ini 5 tahun lalu dan meminta dikenakan hukuman 100%,” katanya.

Beliau berkata, ini tidak adil kerana doktor itu bertindak atas nasihat profesional perunding cukai.
“Tambahan pula, ramai doktor yang terlibat sudah diaudit dalam tempoh 5 tahun ini.
“Jika pada masa itu mereka tidak diberitahu mengenai masalah dengan syarikat mereka ini, apakah rasional mengundur 5 tahun ke belakang?” soal Dr Ashok.

Beliau menggesa LHDN menimbang semula tindakannya, mengatakan tiada sebarang unsur salah laku terlibat dan tidak ada keperluan mengenakan tindakan retrospektif begitu.

“Adakah perlu membuatkan seseorang menjalankan tugas mengikut undang-undang jatuh bankrap, sehingga LHDN tiba-tiba mengubah apa yang menjadi amalannya selama ini sejak merdeka?” soalnya.

Beliau berkata, doktor merupakan kerjaya yang dihormati dan memegang tanggungjawab sosial yang berat, tetapi, pendapatan mereka sebenarnya jauh lebih rendah daripada sangkaan orang ramai.
“Yuran kami dihadkan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta. Pesakit kami, apabila melihat bil hospital, tidak sedar hanya kira-kira 10% hingga 30% daripadanya adalah untuk doktor.

“Sebahagian besarnya pergi ke hospital, yang mana yurannya tidak dikawal langsung,” kata Dr Ashok.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, pegawai media LHDN Masrun Maslim berkata, MMA tidak pernah memberikan sebarang bukti kukuh menyokong dakwaan mereka itu.

Masrum berkata, bukan amalan LHDN untuk mengeluarkan kenyataan kepada media.

“Nasihat saya kepada presiden MMA, tunjukkan buktinya kepada LHDN, dan kami boleh memberi maklum balas. Terpulang kepada MMA untuk mendedahkan maklumat itu atau tidak.”

Sementara itu, perunding cukai bebas Dr Veerinderjeet Singh berkata, beliau tidak fikir LHDN membuat kesilapan, jika benar doktor membayar cukai atas nama mereka sendiri untuk perkhidmatan yang diberi kepada hospital swasta.

Beliau berkata, masalah itu berpunca daripada doktor yang tidak faham tentang cukai dan bertindak berdasarkan nasihat silap daripada akauntan.

“Saya tidak fikir pihak berkuasa cukai yang salah, jika melihat kepada surat undang-undang itu. Jika kepala surat di invois menyatakan nama syarikat, maka cukai perlu dibayar atas nama syarikat.

“Tetapi jika kepala surat itu meletakkan nama doktor itu, maka ia dianggap pendapatan doktor dan cukai perlu dibayar atas namanya sendiri,” kata Veerinderjeet.

Beliau berkata, undang-undang memberi kuasa kepada LHDN mengundurkan penalti cukai sehingga lima tahun, jika cukai salah diisytiharkan kerana kesilapan yang sama.

Katanya, LHDN mempunyai budi bicara untuk tidak mengambil tindakan retrospektif ke atas doktor, tetapi ia masih perlu bertindak berdasarkan logik dan fakta.

“Pihak berkuasa cukai akan meminta doktor menjelaskan mengapa syarikat itu tidak mengeluarkan invois kepada hospital.

“Dan jika doktor tidak dapat menjelaskan sebabnya dengan baik, saya tidak fikir pihak berkuasa akan lepaskannya begitu saja,” katanya.

Beliau mencadangkan doktor berunding dengan akauntan mereka bagi menyelesaikan masalah itu.
“Jika doktor berkata mereka menubuhkan syarikat di bawah nasihat akauntan mereka, dan jika akauntan itu yang mengendalikan akaun mereka, dan sedar invois dikeluarkan salah, maka doktor boleh meminta akauntan mereka memikul tanggungjawab itu.

“Adakah akauntan berkenaan sudah memaklumkan kepada mereka tentang kesilapan itu dan ia perlu diperbetulkan? Mungkin akauntan profesional itu tidak memberi nasihat sewajarnya.

“Para akauntan ini yang seharusnya berurusan dengan pihak berkuasa cukai bagi pihak pembayar cukai. Akauntan perlu menyelesaikan isu ini.”

Veerinderjeet berkata, jika doktor atau akauntan mereka boleh mewajarkan pembayaran cukai yang salah itu, dan membuktikan ia memang benar-benar satu kesilapan, LHDN akan mengambil kira penjelasan mereka. – 7 Januari, 2016.

Doktor di syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan perubatan kepada hospital kini sedang diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana kesalahan salah mengisytiharkan cukai, menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

LHDN mahu buru golongan profesional bayar cukai

cukai-pendapatan

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Mohd Shukor Mahfar berkata tahun ini merupakan tahun yang sukar dan meningkatkan usaha kutipan cukai.

Katanya, tahun ini LHDN menjangka dapat mengutip cukai tambahan lebih RM1 bilion.
Derma politik tidak tertakluk kepada cukai, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

“Bagi saya, jika pendapatan itu tertakluk kepada cukai, (maka kita boleh cukai). Jika pendapatan tidak tertakluk kepada cukai pendapatan, maka kita tidak boleh cukai,” beliau dipetik berkata ketika ditanya pemberita mengenai derma politik.

Dilaporkan sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) dan LHDN tahu mengenai deposit sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad dalam satu laporan juga berkata, pada masa ini, tidak ada peraturan di negara ini yang mewajibkan pengisytiharan ke atas sumbangan dan dana politik.

“Keadaan ini boleh diubah dengan undang-undang (baru) supaya pembiayaan politik boleh telus, tetapi pada masa ini tidak ada undang-undang itu lagi,” beliau dipetik berkata.

Tambahnya, beliau menyokong penuh undang-undang dan peraturan baru untuk membuatkan sumbangan dan dana politik lebih telus.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan LHDN menyiasat Najib, mengatakan ia berhak berbuat demikian.

Beliau berkata dalam blognya, lembaga itu kelihatan tidak menjalankan tugasnya dalam kes deposit RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri, sambil menambah jumlah itu jelas melangkaui apa yang seorang perdana menteri Malaysia boleh miliki.

Dr Mahathir merupakan pengkritik lantang Najib dan pentadbirannya yang dicemari skandal kewangan melibatkan firma pelaburan milik negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sumbangan RM2.6 bilion, kelembapan ekonomi dan ringgit yang semakin jatuh.

Bayar Cukai Guna Kad Kredit

cukai pendapatan
Kini, pembayar cukai pendapatan boleh menggunakan kad kredit, kad debit Visa, MasterCard dan American Express yang dikeluarkan oleh institusi perbankan negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata pembayaran boleh dilakukan menerusi portal Bayar Hasil yang disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu https://byrhasil.hasil.gov.my/.
“Perkhidmatan baharu itu adalah inisiatif terkini LHDN dengan kerjasama Maybank bagi memastikan urusan pembayaran cukai lebih mudah dan pantas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran inisiatif terbaharu itu sempena Sambutan Hari Hasil ke-19 di Menara Hasil.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Wita Mohd Shukor Mahfar.
Ahmad berkata kaedah baharu itu dilihat akan memberikan lebih keselesaan kepada pembayar cukai yang mana sebelum ini dilakukan secara tunai di kaunter, Mesin Deposit Tunai (CDM) serta perbankan internet.