Kadar Cukai Untuk Pekerja Asing Yang Tidak Bermastautin

warrenbuffetttaxrate

Anda tidak bermastautin di bawah undang-undang percukaian Malaysia jika berada kurang 182 hari di Malaysia untuk satu tahun, tanpa mengira kerakyatan atau kewarganegaraan. Pengenaan cukai bagi individu yang tidak bermastautin berdasarkan pendapatan diperolehi atau diterima di Malaysia.

Kadar Cukai Tidak Bermastautin



Jenis-Jenis Pendapatan

Kadar (%)



Perniagaan, perdagangan atau profesion

Penggajian

Dividen

Sewa

28

(Mulai Tahun Taksiran 2016)



Penghibur Awam

Faedah

15



Royalti

Bayaran untuk perkhidmatan yang diberi oleh seseorang bukan pemastautin atau pekerjanya berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai olehnya, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, jentera atau alat-alat lain yang dibeli daripada bukan pemastautin

Bayaran untuk nasihat teknikal, bantuan atau perkhidmatan yang diberi berkaitan pengurusan atau pentadbiran teknikal apa-apa perusahaan, usaha, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan

Sewa atau apa-apa pembayaran berhubung penggunaan harta benda yang boleh dialihkan

10



Anda tidak dikenakan cukai jika

  • Bekerja di Malaysia kurang dari 60 hari
  • Bekerja di atas kapal Malaysia
  • Berumur 55 tahun dan menerima pencen daripada penggajian Malaysia
  • Menerima faedah bank
  • Menerima dividen yang dikecualikan cukai
Jika dikenakan cukai, anda dikehendaki mengisi Borang M.
Advertisements

Akibat Tidak Bayar Cukai Pendapatan

cukaipendapatan7

Tentu anda tertanya-tanya apa akibatnya tidak membayar cukai pendapatan. Berikut adalah penjelasannya:

  1. Akan dikenakan penalti Seksyen 103(3) iaitu 10% kenaikan daripada cukai yang kena bayar, dan tambahan 5% kenaikan atas baki di atas jika bayaran tidak dibuat selepas 60 hari dari tarikh akhir.

 

  1. Disekat keluar negara, melalui Jabatan Imegresen

 

  1. Berisiko dikenakan tindakan mahkamah dan kesalahan sama ada didenda atau dipenjara.

Tip Simpan Resit Untuk Cukai Pendapatan

which-receipts-should-i-keep-for-tax

Aduh! Banyaknya resit yang nak disimpan. Resit apa yang perlu disimpan? Berikut adalah resit-resit yang perlu disimpan dalam tempoh 7 tahun:

  1. Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti AMAN PALESTINE, MERCY dan MAKNA
  2. Perbelanjaan Perubatan
  3. Pembelian buku, majalah, surat khabar bercetak, pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, pembelian peralatan sukan dan bayaran keahlian gimnasium
  4. Bayaran langganan internet
  5. Pembelian peralatan penyusuan
  6.  Yuran penghantaran anak ke pusat asuhan kanak-kanak atau pra-sekolah
  7.  Penyata bayaran tahunan Insuran Hayat/Takaful Keluarga, Insuran pendidikan dan perubatan
  8. Zakat

Satu lagi masalah. Dakwat pada resit ini akan hilang. Jadi macam mana? LHDN menasihati orang ramai supaya membuat salinan pada resit-resit ini.

Seksyen 127

 

cukai pendapatan 3Apa itu Seksyen 127?

Seksyen 127 adalah surat kebenaran dari menteri untuk mendapatkan pengecualian dari cukai pendapatan.

Saya tak tahu pun hal ini dan tak ada surat pun. Jadi bagaimana saya kena buat pada e-filing?

Mudah sahaja. Cuma klik pada bahagian bawah sekali iaitu TIDAK BERKENAAN.

 

 

 

 

 

Salah Faham Urus Duit Yang Mesti Diperbetulkan

cukaipendapatan.jpg

Jom kita lihat satu per satu salah faham urus duit yang sering berlaku:

1 – “Gaji tinggi, hidup selesa”

Itulah yang ditanam dalam minda masyarakat kita, sejak daripada kecil lagi.

Kononnya jika dapat jumlah pendapatan yang tinggi, mesti dapat hidup dengan selesa.

Dapat beli apa sahaja, penuhi apa sahaja yang diingini.

Hakikatnya tidak begitu.

Jumlah gaji atau pendapatan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu bebas daripada sebarang masalah kewangan.

Mesti anda semua pernah dengar dengan pepatah “Semakin besar periuk, semakin besar keraknya”, bukan?

Dari konteks pengurusan kewangan peribadi, pepatah ini memberi gambaran tabiat kebanyakan orang yang suka menambah perbelanjaan apabila pendapatan bertambah.

Pantang gaji naik sedikit, terus mengidamkan kereta yang lebih mahal.

Dapat bonus, dihabiskan kepada shopping membeli pakaian-pakaian mahal dan barang-barang bukan keperluan.

Akibatnya, walau gaji bertambah besar, namun kehidupan masih tetap sama dibelenggu masalah kewangan.

Sebenarnya, apa yang penting bukanlah gaji yang tinggi, tetapi, ilmu pengurusan kewangan yang betul dan sikap sendiri terhadap wang yang dimiliki.

Apabila gaji bertambah, usahlah berasa terlalu teruja dan gelap mata.

Sepatutnya, sebahagian daripada gaji yang bertambah itu hendaklah ditambah kepada tabung simpanan, bukannya semua dihabiskan kepada perbelanjaan.

Setiap kali berbelanja, kena selalu bezakan antara keperluan dan kehendak.

Sentiasa buat perancangan dan bajet, dan patuh kepada bajet tersebut.

Berbelanja ikut kemampuan sendiri, dan sentiasa tanamkan rasa cukup dan syukur dengan rezeki yang diperoleh.

InsyaAllah, dengan sentiasa amalkan perkara-perkara ini, walau sebesar atau sekecil mana pun gaji yang diperoleh, kita akan sentiasa mendapat hidup yang selesa, tenang dan bebas daripada belenggu masalah kewangan.

2 – “Simpan duit apabila ada duit lebih sahaja”

“Dapat gaji, bolehlah beli itu-ini. Makan di sana-sini. Puaskan dulu kehendak diri. Kalau ada duit lebih, barulah simpan.”

“Penat-penat kerja, dapat gaji, mestilah nak belanja untuk kepuasan diri-sendiri dulu. Buat apa nak simpan duit.”

Masih ramai sebenarnya yang berpegang dengan kata-kata di atas.

Namun akibatnya, mereka masih gagal menyimpan.

Sudah tentulah, sebab nak harapkan ada duit lebih terlebih dahulu baru nak menyimpan, memang susah.

Duit, kalau dah mula dibelanjakan, memang susah nak berhenti.

Memang susah nak biarkan ada baki untuk disimpan.

Jadi, cara nak atasi masalah ini, kenalah tukar mindset.

Simpan dulu sebelum berbelanja.

Apabila dapat gaji, simpan dulu sebahagiannya, lupakan, dan yang selebihnya barulah dibelanjakan.

Prinsip penting dalam menyimpan; sanggup berkorban kesenangan hari ini untuk kesenangan hari esok.

Contohnya, yang bergaji RM 3,000 sebulan, disarankan untuk simpan terlebih dahulu dalam jumlah minimum RM 300.

Bayangkan, dengan RM 300, macam-macam perkara juga boleh dibeli untuk memenuhi kehendak yang membuak-buak.

Tetapi, demi membina tabung simpanan dan mengejar matlamat kewangan yang diingini, sanggup dikorbankan keseronokan membelanjakan duit tersebut demi disimpan ke dalam tabungan.

Jika konsisten, hasil tabungan nanti akan memberikan kesenangan pada masa hadapan.

3 – “Gaji sikit, susah nak menyimpan”

Ramai juga yang memberikan alasan pendapatan yang kecil menjadi penghalang untuk menyimpan secara konsisten.

Ya, tidak dinafikan, dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi sekarang, memang agak sukar bagi mereka yang berpendapatan kecil untuk menyimpan.

Tetapi, kalau boleh, janganlah sentiasa jadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak menyimpan.

Mulakan menyimpan dengan jumlah yang kecil dahulu, pastikan konsisten setiap bulan.

Ini penting untuk memupuk tabiat menabung terlebih dahulu.

Nanti apabila pendapatan semakin bertambah, akan lebih mudah dan seronok untuk menyimpan kerana telah terdidik pada ‘waktu susah’ dulu.

Pada masa sama, disarankan juga setiap kali mendapat duit tambahan seperti bonus, hadiah atau pun bantuan, lebih baik duit tersebut disimpan jika tiada apa-apa keperluan mendesak pada waktu tersebut.

Ingatlah pepatah lama, “Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit”

4 – “Jimat-cermat pada waktu gawat sahaja”

“Waktu senang, bolehlah berbelanja lebih. Waktu susah, pandai-pandailah berjimat-cermat”

Mesti anda pun pernah dengar orang luahkan kata-kata di atas, bukan?

Masa banyak duit, bukan main seronok lagi berbelanja.

Apabila duit dah tinggal sedikit, barulah mula nak berjimat-cermat.

Hakikatnya, bukan begini yang sepatutnya diamalkan.

Perbelanjaan hendaklah dikawal bukan sahaja pada setiap masa, tak kira pada waktu senang, dan lebih-lebih lagi pada waktu susah.

Utamakan perbelanjaan-perbelanjaan keperluan berbanding kehendak, sentiasa ikut bajet yang dibuat dan kemampuan kewangan sendiri.

Kunci utamanya adalah bersederhana; jangan terlalu boros, dan jangan pula terlalu kedekut sehingga menyusahkan diri.

Ambillah iktibar daripada pengajaran surah Yusuf.

Dalam surah ini, diajarkan supaya berjimat-cermat dan banyakkan menyimpan pada waktu senang, supaya nanti apabila tiba waktu gawat, hasil simpanan tersebut dapat digunakan untuk menempuh waktu sukar tersebut.

Begitulah yang sepatutnya kita amalkan dalam pengurusan kewangan peribadi sendiri.

5 – “Duit banyak-banyak, bukan boleh bawa masuk kubur”

Kata-kata di atas sering dilemparkan sebagai sindiran kepada golongan yang pandai urus duit.

Kononnya, sia-sia sahaja menguruskan duit dengan baik, simpan duit banyak-banyak, sebab tak boleh di bawa mati pun.

Ya, memang betul, duit yang banyak memang tidak boleh di bawa masuk kubur.

Tetapi, dengan duit yang banyaklah, dapat membantu untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan di alam sana.

Bagaimana?

Bukankah dengan duit yang banyak, akan membantu kita untuk menunaikan zakat, sedekah dan wakaf dengan lebih mudah?

Apabila kita bijak menguruskan kewangan, sudah tentu kita tidak akan meminggirkan amalan mengeluarkan zakat.

Sebahagian duit juga boleh disedekahkan secara konsisten kepada mereka yang memerlukan.

Apabila meninggal dunia, bukan sahaja boleh diwasiatkan harta kepada waris, malah boleh diwakafkan juga.

Zakat, sedekah, wakaf; insyaAllah semua ini jika dilakukan dengan ikhlas, akan menjadi ‘pelaburan’ yang berterusan memberikan hasil.

Semua ini boleh dicapai dengan pengurusan kewangan yang baik.

Sebab Permohonan Pinjaman Kenderaan Ditolak

car-refinancing

Berikut adalah sebahagian dari alasan dan sebab kenapa pinjaman kenderaan anda ditolak:

 

Umur

 

Kebanyakan bank, menetapkan umur pemohon sekitar 23 tahun ke atas berdasarkan tarikh lahir. Hanya beberapa bank sahaja yang masih membenarkan umur 22 tahun ke atas. Dan saya dapat tahu, hanya Bank Islam sahaja boleh memohon jika umur pemohon tersebut 19 tahun ke atas dengan syarat ianya dilakukan menerusi skim graduan.

Umur terlalu berusia 55 tahun ke atas juga menjadi penyebab pinjaman ditolak.

 

Rekod Hutang Lampau

 

Untuk kes sebegini, selalunya pemohon tidak mempunyai sejarah hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan pinjaman-pinjaman lain yang melibatkan bank. Selalunya mereka yang berumur 28 tahun ke atas dan masih tidak mempunyai rekod lampau berkaitan hutang atau kredit akan ditolak.
Untuk mereka yang di bawah 28 tahun masih boleh dipertimbangkan oleh bank dengan merujuk beberapa faktor.

 

Gaji Minima

 

Ini adalah alasan yang paling kerap terjadi kepada pelanggan. Ramai pemohon gagal pada bahagian ini. Apabila jumlah gaji minima tidak begitu ‘ada’ untuk dilihat sebagai satu kemampuan membayar balik pinjaman, maka pasti bank tidak akan ambil risiko untuk luluskan pinjaman kenderaan anda.

Ada had minima ditetapkan bagi setiap bank. Dan setiap bank pula menetapkan had minima yang berlainan untuk gaji minima ini.

Contohnya:

  • Maybank – RM 2,500 ke atas
  • AmBank – RM 3,000 ke atas
  • Public Bank – RM 2,500 ke atas
  • BSN – RM 2,000 ke atas

Anda boleh rujuk pada laman web setiap bank untuk lihat had gaji minima ini untuk kelulusan pinjaman kenderaan kerana ia sering berubah dari semasa ke semasa.

 

Status Jawatan

 

Tahukah anda, jika status jawatan anda adalah secara kontrak atau sambilan, maka ia merupakan status jawatan yang paling kiritikal bagi pihak bank. Malah, ia menjadi satu keputusan yang sukar untuk sesebuah bank memberikan pinjaman kenderaan.

Selalunya, bank hanya memandang kepada pemohon yang bersatus jawatan tetap sahaja. Akan tetapi, status kontrak kerajaan boleh dipertimbangkan mengikut faktor tertentu.

 

Faktor Halangan

 

Zaman sekarang memang banyak faktor-faktor halangan yang menyebabkan pinjaman bank untuk pembelian kenderaan ditolak. Tak seperti 10 tahun dahulu.

Mereka yang mempunyai faktor halangan seperti senaraihitam, CCRIS, SAA (Special Attention Account), AKPK dan penstrukturan semula pinjaman adalah mereka yang dihalang untuk membuat sebarang pinjaman di bank.

Faktor halangan ini bermakna nama anda dah rosak – hatta bukan disebabkan oleh diri anda; contohnya kerana menjadi penjamin kepada pinjaman orang lain.

 

Usia Perniagaan

 

Jika anda memohon pinjaman kenderaan menggunakan nama perniagaan, faktor usia bisnes anda adalah antara faktor penting. Bagi mereka yang berniaga, perniagaan mestilah lebih dari dua tahun, dibuktikan dengan tarikh pendaftarn perniagaan.

Kadar Cukai Pendapatan Syarikat

warrenbuffetttaxrate

1. Syarikat Bermastautin

Mulai Tahun Taksiran 2016:

  • Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta
    • RM500,000 yang pertama
    • Baki Seterusnya
 

19%
24%

  • Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta

24%

2. Syarikat Tidak Bermastautin

Skop Pengenaan Percukaian

Layak dicukai di bawah cukai Malaysia apabila menjalankan perniagaan melalui pertubuhan tetap di Malaysia dan boleh ditaksir ke atas pendapatan yang terakru dari Malaysia.

Kadar Cukai Tidak Bermastautin

Jenis Pendapatan Kadar (%)
Perniagaan
Sewa

25

Dividen (Franked)
Dividen (Single tier)*

25
0

Pendapatan penghibur profesional

15

Faedah

15

Royalti

10

Pendapatan kelas khas:
  • Sewaan harta alih

10

  • Bayaran untuk khidmat teknikal dan pengurusan yang dijalankan di Malaysia

10

  • Bayaran untuk perkhidmatan yang diberi di Malaysia berkaitan dengan penggunaan harta atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, jentera atau alat-alat lain yang dibeli daripada bukan pemastautin

10

Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT)
  • Selain daripada syarikat bermastautin

10

  • Syarikat tidak bermastautin

25

  • Institusi pelaburan asing

10

Berkuatkuasa 01/01/2007

*Dengan pengenalan sistem single tier berkuatkuasa 1.1.2008, semua dividen adalah dikecualikan cukai ditangan penerima. Bagaimanapun syarikat yang masih mempunyai kredit seksyen 108 di bawah sistem imputasi diberi tempoh peralihan sehingga 31.12.2013 untuk mengeluarkan dividen seperti biasa bagi membolehkan baki kredit seksyen 108 dihapuskan.

Sebab-sebab Permohonan Pinjaman Ditolak

loan-denied

Pasti ramai yang berasa keluh kesah apabila mendapat tahu permohonan bank mereka tidak diluluskan. Namun ia bukan bermakna pinjaman anda akan terus-menerus ditolak oleh pihak bank.
Jangan mudah bersangka buruk apabila permohonan ditolak oleh pihak bank. Kaji dan lihat semula sebab-sebab permohonan anda ditolak. Berikut adalah 4 sebab utama permohonan anda ditolak oleh pihak bank.
1. Membuat Permohonan Di Bank Yang Salah
Seperti yang anda tahu, setiap bank mempunyai syarat kelayakan yang berbeza-beza. Kebarangkalian untuk mendapat kelululusan juga berbeza mengikut bank.
Sekiranya anda memohon pinjaman di beberapa bank dan kemudiannya ditolak, rekod tersebut akan kekal dan menyebabkan anda menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman di kemudian hari meskipun anda memnuhi syarat kelayakan. Rekod ini dapat dijejaki oleh Bank Negara Malaysia.
Oleh itu, cuba tanya dulu rakan-rakan atau banker itu sendiri sebelum membuat permohonan. Kalau rasa-rasa peratusan untuk lulus itu agak tipis, usah buang masa.
2. Status Buruk Dalam CCRIS
Sekiranya anda mempunyai mana-mana akaun pembayaran balik yang tidak berapa cantik, ini menyebabkan rekod anda bertanda merah pada CCRIS anda.
Secara amnya, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan anda apabila mendapati rekod anda dalam CCRIS tidak berapa elok. Lagi sukar jika anda tiada langsung berhutang dengan mana-mana institusi perbankan sebelum ini. Ini menyebabkan anda tiada ‘track record’ dan kebanyakan bank tidak sukakan ini.
Untuk mengatasinya, cuba pastikan rekod pembayaran balik anda untuk 12 bulan sebelum ini berada dalam keadaan yang baik. Dan sekiranya anda belum pernah berhutang dengan mana-mana bank pula, cuba mohon dan guna kad kredit untuk tempoh 3 bulan. Tapi bila dah guna, pastikan anda bayar penuh setiap bulan.
3. NIsbah Hutang Yang Tinggi
Anda perlu tahu nisbah hutang kepada pendapatan, kerana ianya amat penting bagi memastikan pinjmaan anda diluluskan. Inilah yang menjadi rujukan penilaian oleh pihak bank bagi memastikan tahap kemampuan anda.
Ia juga dikenali sebagai Debt to Service Ratio atau DSR. Ianya dikira berdasarkan kesemua jumlah hutang anda pada setiap bulan atau kita boleh gelarkannya sebagai komitmen bulanan anda.
Bank yang berbeza mempunyai pengiraan DSR yang berbeza. Ada yang menetapkan kadar DSR pada 70%, dan ada juga hanya setakat 60%.
Jadi kalau rasa-rasa tahap DSR anda dah tinggi, cuba selesaikan dulu mana-mana hutang yang sedikit atau mempunyai tempoh yang tak lama untuk tamat.
4. Anda Muflis
Jika anda telah diisytiharkan muflis secara rasmi, yang pastinya anda tidak akan memperolehi apa-apa pinjaman baru ataupun pembiayaan semula sehingga status muflis anda selesai.

Apa Itu CP38

cukai pendapatan4

CP 38 adalah arahan potongan gaji oleh majikan supaya memotong gaji kita untuk membayar cukai lama yang tertunggak. Arahan CP38 ini memerlukan majikan membuat potongan tambahan dalam ansuran bulanan daripada gaji pembayar cukai (selain daripada Potongan Cukai Bulanan) ke arah penyelesaian tunggakan cukai pendapatan pembayar cukai.

CP38 bertujuan untuk meringankan beban pembayar cukai yang sepatutnya membayar tunggakan cukai sekaligus.

Pastikan kita membuat semakan dengan majikan. Bukan apa takut potongan tak berhenti. Ganggu aliran tunai kita.