Apa itu Penalti Seksyen 113(2)

Income-Tax-Fraud

Seksyen 113(2) berbunyi seperti berikut:

Di mana seseorang:

(a) membuat pengisytiharan yang tidak betul dengan menghapuskan atau mengurangkan pendapatan bagi pihak dirinya atau orang lain; atau

(b) memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berkaitan dengan apa-apa perkara yang mempengaruhi kewajipannya untuk dikenakan cukai kepada dirinya sendiri atau orang lain.

Berapa penaltinya?

Penalti yang akan dikenakan adalah 45% dari kenaikan cukai iaitu perbezaan antara cukai yang ditipu dengan cukai sebetulnya. Wah! Banyak tu. Oleh itu kami mengesyorkan agar anda tidak cuba untuk melakukan kesalahan ini.

Boleh buat rayuan penalti Seksyen 113(2)?

Anda boleh cuba membuat rayuan dengan menghantar surat rayuan kepada LHDN. Contoh suratnya seperti berikut:

Surat Rayuan Penalti Seksyen 113(2)

Apa itu Cukai Pendapatan?

what is income tax

Cukai pendapatan dikenakan kepada individu dan syarikat, atas segala pendapatan yang dijana. Ia dicaj pada kadar yang berbeza bergantung kepada jenis sumber pendapatan. Individu dan syarikat perlu menghantar cukai mereka yang telah difailkan dalam tempoh yang tertentu untuk membayar apa-apa cukai yang perlu, ataupun untuk menerima pulangan bagi bayaran cukai yang berlebihan.

Cukai pendapatan dikutip oleh kerajaan untuk membayar apa sahaja yang diperlukan bagi pembangunan negara. Sebagai contoh, ia digunakan untuk membayar pegawai kerajaan, membina infrastruktur dan kemudahan kerajaan, biasiswa, kemudahan seperti taman rekreasi awam, institut pendidikan, inisiatif kesihatan, sekuriti dan pertahanan negara, pencen, dan juga kajian sains dan perubatan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula dilantik oleh kerajaan sebagai ejen untuk menguatkuasakan Akta Cukai Pendapatan 1967 dan mengutip cukai bagi pihak kerajaan.

Adakah anda dikenakan cukai pendapatan?

Anda dikenakan cukai sekiranya jumlah pendapatan anda layak dikenakan cukai setelah ditolak dengan pelepasan-pelepasan yang layak dituntut.

Apa itu Nombor Pengenalan Cukai?

Nombor Pengenalan Cukai (TIN) adalah satu nombor peribadi yang digunakan bagi tujuan percukaian di dalam sesebuah negara. Mulai Januari 2021, kerajaan akan memperkenalkan inisiatif TIN untuk semua perniagaan atau individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan.

Dengan nombor ini, agensi kerajaan mencari individu dalam satu pangkalan data maklumat. Di samping itu, agensi kerajaan memerlukannya untuk memantau pembayar cukai dan majikan mengenai kewajipan mereka.

Nombor TIN seorang individu adalah gabungan dua belas penamaan digital, yang masing-masing membawa maklumat tertentu:

  • dua nilai pertama menunjukkan kod pemeriksaan cukai yang memberikan nombor individu kepada orang tertentu;
  • enam yang berikutnya adalah nombor siri pembayar cukai, yang mana maklumat tentangnya dalam senarai pendaftaran;
  • dua digit terakhir adalah kawalan, dan tujuannya adalah untuk mengesahkan ketepatan nombor tersebut. Dua digit terakhir ditentukan menggunakan algoritma khas.

Cara Daftar Fail Cukai Pendapatan Atas Talian

register-tax

Dalam keadaan terdesak, kita mahu mendaftar fail cukai pendapatan secara online. Anda boleh mempelajarinya dari laman sesawang LHDN di sini:

http://edaftar.hasil.gov.my.

Tetapi jika menggunakan secara atas talian, kaedahnya sangat rumit dan banyak membuang masa.

Oleh itu saya mencadangkan anda mendaftarkan fail cukai pendapatan secara manual iaitu hadir ke pejabat LHDN. Ianya lebih cepat dan mudah.